Wednesday 13 June 2012

Fakta tentang kuda kelantan





Di Kelantan terdapat acara tahunan Kejohanan Sukan Berkuda yang digemari penduduk termasuk menarik penyertaan golongan remaja.



Memelihara kuda adalah sebahagian daripada tradisi di negeri ini dan pemiliknya bukan sahaja golongan bangsawan dan berada tetapi juga petani di ceruk desa.


Walaupun sukan berkuda tidaklah menarik penglibatan meluas masyarakat, tradisi itu berkekalan dan ia bukannya berteraskan perniagaan atau kegunaan, cuma lazimnya dipertandingkan untuk mengisi waktu santai.

 
Kerap kelihatan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan berkaki ayam menyusuri pantai atau meredah kampung dalam keadaan santai.


Tempat rekreasi berkuda yang terkenal di Kelantan ialah di Gelang Mas, Endong serta kawasan-kawasan tepi sungai termasuk Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di pinggir Sungai Kelantan dan Pantai Cahaya Bulan. 


Pertandingan-pertandingan berkuda diadakan lebih terarah bagi memeriahkan sambutan program-program yang melibatkan kehadiran pembesar dan dalam perlumbaan ia turut disertai kanak-kanak sebagai joki.


Pertandingan melibatkan kuda lasak, kepantasan dan juga kecantikan penampilannya mengikut kategori saiz dan baka.



Walaupun harga kuda agak mahal tetapi di sini (Kelantan) ia lebih kepada pertandingan suka-suka dengan hadiah berupa barangan elektrik atau peralatan dapur.


Difahamkan terdapat lebih 1,000 ekor kuda daripada pelbagai jenis dan baka melibatkan beratus orang pemilik di negeri ini.
 


Tiada catatan mengenai tradisi berkuda itu ditemui, namun mengikut orang tua-tua, pada masa silam penduduk Kelantan gemar memelihara kuda padi.



Sejarah kuda-kuda di Kelantan dipercayai dibawa masuk dari Siam, Asia Tengah dan dari Pulau Jawa serta Sumatera di Indonesia.



Anggota keluarga diraja pernah memelihara dan menunggang kuda jenis besar semasa bersiar-siar di sekitar kampung yang mungkin baka kuda itu dibawa masuk oleh pedagang Arab atau India.


Kuda-kuda jenis besar turut dikatakan dibawa masuk oleh penjajah Inggeris yang lebih dikenali di sini sebagai kuda belimo.



Sejak awal 1990-an, usaha menternak kuda-kuda ‘baka baik’ dilakukan dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo (thoroughbred) atau kuda padi dengan kuda Arab atau kuda belimo dengan kuda Arab.


Kuda kacukan Kelantan ini yang agak unik dengan penampilan fizikal lebih hebat dan lebih tinggi berbanding baka kuda padi asal menarik perhatian para penggemar kuda di negara ini.


Apatah lagi spesies baru itu sering menjuarai pelbagai kategori pertandingan kuda termasuk dressage, lumba, lasak dan juga kuda cantik.


Antara kelebihan kuda Kelantan ialah tahan lasak dalam menghadapi ragam cuaca, mempunyai daya tahan yang kuat menghadapi penyakit dan kos penyediaan makanan yang rendah kerana ia turut memakan rumput biasa.


Kuda kacukan Kelantan biasanya dijual dengan harga mencecah hampir RM20,000 bagi kelas A (ketinggian lebih satu meter) manakala kelas B (di bawah satu meter) sekitar RM10,000 ke bawah.Manakala kuda padi biasa mencecah RM7,00 (kelas A), RM4,000 (kelas B) dan RM2,500 (kelas C). Kelas ini dan nilai harga sebenar juga berasaskan tahap  ketinggian haiwan itu di samping penampilannya.

Jika melibatkan pertandingan kuda lasak dan lumba kuda, harga akan lebih mahal lebih-lebih lagi pernah muncul sebagai juara dalam pertandingan. Kepantasan, ketinggian, warna dan tanda dikepala serta kecantikan penampilan diambil kira dalam menentukan harga kuda.


Tradisi jual beli kuda kelantan biasanya melaluai maklumat orang ramai, dari  mulut ke mulut dan melalui perjumpaan jika terlibat dalam aktiviti berkuda, Terkini jual beli boleh dapat dilihat iklan melalui Mudah.my, Blog, dan juga melalui laman Facebook.




Antara kuda yang terdapat di Kelantan




VIDEO KUDA DI KELANTAN
Lihat cantiknya kuda yang terdapat di negeri Kelantan, Selain saiz badan yang tinggi dan tegap, rupa bentuk kuda juga agak menarik, lebih-lebih lagi semasa ia berjalan.


Antara sebahagian Kuda Kelantan yang dapat andalihat disini.


Antara Kuda Kelantan dalam sesi memanaskan badan sebelum perlumbaan.











Horse Marking - Tanda Putih Pada Kuda


Seperti warna kuda yang setiapnya ada nama tersendiri, begitu juga tanda pada kuda yang terdapat samaada di kepala dan kaki juga ada nama tersendiri. Tanda  putih yang terdapat paada bahagian kepala dan kaki kuda juga memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan kuda serta harganya meningkat bergantung kepada jenis dan bentuk tanda tersebut berbanding kuda biasa.



Bentuk Tanda Putih Serta Nama di Kepala Kuda
Tanda Di Kepala
Tanda di kepala kuda biasanya dijelaskan mengikut bentuk dan kedudukan yang terdapat di sekitar kepala kuda.
  • Blaze : tanda putih yang luas di tengah-tengah kedudukan kepala kuda dan menjalar kebawah
  • Strip / Stripe : Tanda putih sempit di tengah-tengah kedudukan kepala kuda dan menjalar kebawah.
  • Bald Face : Tanda putih yang begitu besar dan luas, Sehingga melebihi paras hidung kuda.
  • Star : Tanda putih yang berada diantara mata kuda atau melepasi paras mata kuda.
  • Snip : Tanda Putih berada di antara lubang hidung kuda
  • Faint : Kuda warna putih  yang mempunyai tanda biasa tanpa ada sebarang warna kulit kemerahan/pink di kepala.
  • Interrupted : Mempunyai tanda putih tetapi tidak lengkap/berterabur.
  • Irregular : Mempunyai Jalur kebawah tetapi tidak lurus


Tanda Putih Serta Nama di Kaki Kuda
 

Tanda Dikaki
Tanda putih pada kaki kuda biasanya dijelaskan namanya mengikut ketinggian paras yang diselaputi warna putih di kaki kuda.
  • Stocking : Tanda putih melepasi paras lutut kuda atau lebih tinggi daripada itu.
  • Sock / Boot : Lebih tinggi dari keting kuda atau tidak melepasi paras lutut
  • Fetlock : Tinggi sedikit dari aras keting/buku lali.
  • Pastern :Melepasi kuku tapi tidak melepasi buku lali kuda.
  • Coronet : Tanda putih hanya lebih kurang seinchi dari kuku kuda.











Mengenali Jenis Warna Kuda

Kuda terdiri dari pelbagai jenis warna yang berbeza.Setiap warna  pada bahagian kuda merangkumi nama masing-masing seperti warna Bay,Dun, Roan, Brown, Chestnut, Palomino, Gray, Black & white.

Kod Warna Pada Kuda







__________________________________________________________________________________



WARNABAY 

BAY adalah warna perang kemerahan atau coklat gelap dengan bertindih hitam di kaki dan juga pada ekornya. Warna ini paling banyak terdapat pada mana-mana kuda disini.



__________________________________________________________________________________




WARNADUN

DUN adalah warna yang kelihatan agak cerah, kekuningan dan mempunya warna yang gelap di beberapa bahagian seperti rambut, kaki, dan juga ekornya..lebih kepada warna keemasan dengan bertindih warna gelap pada bahagian tertentu..





__________________________________________________________________________________



WARNAROAN 
 
ROAN ini adalah lebih kepada warna putih yang bercampur, tapi kelihatan sama rata.Ciri-ciri kuda ini kebiasaanya warna kepalanya lebih gelap daripada warna bulu yang terdapat pada badanya.





__________________________________________________________________________________

WARNABROWN
BROWN adalah warna perang gelap yang terdapat diseluruh badan kuda termasuk rambut, ekor dan kepala.
 


__________________________________________________________________________________


WARNACHESTNUT

CHESTNUT adalah warna kemerahan yang terdapat pada seluruh badan kuda tanpa ada sebarang warna hitam. Ekor, kaki dan rambutnya juga sama warna atau pun lebih cerah sedikit seperti badanya. Diantaranya terdapat tanda putih dibeberapa bahagian seperti kepala dan kaki.





__________________________________________________________________________________



WARNAPALOMINO
PALOMINO adalah warna yang seakan kuning keemasan yang terdapat pada badanya diikuti warna krim cerah pada bahagian rambut, ekor, kaki dan sesetengah tempat yang lain.



__________________________________________________________________________________


WARNAGREY
GREY ialah kuda yang berwarna gelap atau hitam dengan bercampur bulu yang berwarna putih, yang menyebabkan kelihatan warna tidak sekata seolah-olah warna kelabu. Warna seperti ini boleh melahirkan anak seperti warna kuda yang lain antaranya, bay, chestnut dan mungkin juga hitam.



__________________________________________________________________________________


WARNAHITAM
HITAM pada kuda biasanya terdapat diseluruh badanya diselaputi warna hitam termasuk ekor, kaki, kepala dan rambutnya.







__________________________________________________________________________________




WARNAPUTEH
PUTIH  juga seperti warna hitam pada bahagian kuda.ia meliputi semua anggota badan kuda berwarna putih.termasuklah kulit dan bulunya disekitar muka..




__________________________________________________________________________________


WARNAPINTO



WARNA PINTO ialah warna kumpulan yang terdiri dari pelbagai warna campuran/tampungan yang jelas kelihatan perbezaanya.Kebiasaan warna ini terdiri dari warna samaada campuran hitam dan putih atau coklat dan putih atau kedua duaanya sekali samaada warna tersebut cerah atau gelap.Disini kuda yang berwarna pinto dipanggil sebagai 'kuda tapung'.

Warna pinto boleh dibahagi kepada 6 kumpulan iaitu,Skewbald, Overo, Sabino, Tobiano dan Tovero. Ia terbahagi mengikut perbezaan corak, saiz dan warna.

Skewbald:  
Skewbald adalah corak gabungan warna yang selain dari warna hitam ( tanpa warna hitam) seperti warna chestnut dan bay yang bertindang putih.Sesetengah tandah putih itu terdapat warna pink pada bawah tanda putih tersebut. 



 Overo :
Overo biasanya dapat dilihat melalui kepalanya yang mungkin mempunyai tanda putih dikepala dan juga agak gondol.Yang paling nyata dapat dilihat seperti di keempat kakinya adalah warna gelap dan mempunyai corak putih di bahagian badan, tengkuk dan juga di bahagian rusuk kuda.

Selain itu juga dapat memastikan corak putih dibahagian sebelah kiri dan kanan badan kuda tidak melepasi garisan atas badan kuda. Ini bermaksud warna asal kuda tidak dihalang oleh mana-mana warna putih yang bermula dari tengkuk hinggalah ke ekornya. manakala ekornya pula hanya 1 warna sahaja.Untuk lebih lanjut rujuk gambar disebelah kanan.

 Sabino:
Sabino dan Overo tidak mempunyai banyak perbezaan.Malah di kepalanya mempunyai warna putih yang luas kelihatan dan mempunyai tanda gelap kecil di sekitar kepala dan dahi kuda. Selain itu sekurangnya mempunyai satu pasang kaki yang bercorak putih dam corak di bahagian badan kuda agak berterabur dan tidak tersusun yang bermula dari bawah perut hingga ke bahagaian tengkuk dan belakang kuda.


Tobiano:
Jenis Tobiano ini biasanya mempunyai warna yang 
solid/penuh di kepala kuda walaupun ada tanda putih dikepala yang dianggap sebagai tanda kuda seperti blaze,
star, stripe dan lain lagi. Kesemua empat kaki mungkin berwarna putih, kecuali di bawah paras lutut kuda. Manakala corak putih dibadan kuda mempunyai jarak diantara satu sama lain, dan corak tersebut seakan berputar  kebawah dari arah tengkuk dan bahu kuda.Jenis tobiono ini juga warnanya agak kelihat
an gelap di sesetengah kawasan rusuk kuda.
Tobero:

Tobero ini adalah hasil kacukan kuda dari jenis Overo dan Tabiano.hasil dari kacukan itu corak dari sebelah kanan dan kiri badan kuda agak berlainan, kemungkinan disebelah kelihatan corak Overo dan sebelah lagi kelihatan seakan Tobiano.












Mengukur Ketinggian Kuda Lumba

Sebelum perlumbaan diadakan, pihak penganjur/AJK akan memastikan semua kuda diukur ketinggianya bagi menentukan kuda berada pada kategori yang betul samaada kuda padi A, B, C, KKA dan juga KKB.

Semua kuda yang diukur di awal perlumbaan menggunakan peralatan khas yang ditetapkan ukuran bagi setiap kategori. Peralatan tersebut digunakan bagi menyenangkan pihaknya menguruskan kerja semasa proses mengukur kuda dilakukan, kerana bukan semua kuda berada dalam keadaan baik semasa proses dijalankan.
Semasa mengukur dijalankan, alat pengukur mesti berada pada kedudukan yang betul iaitu diparas bahu kuda atau  (wither). Kerana apabila kuda tunduk/mendongak keatas atau bawah, kedudukan  ketinggian paras tersebut masih tidak berubah.

    Bagi pengiraan saiz ketinggian kuda bagi kategori kuda Padi C ialah (39 inchi), Padi B (43 inchi), Padi A (47inchi), Kuda Siam B/KKB (51 inchi) dan  Kuda SiamA/KKA (55 inchi). Bagi kategori Belimo kuda tersebut adalah bertanda NFS pada badan tersebut dan ia mestilah melebihi 55inchi keatas.
     Setiap ukuran hanya mempunyai perbezaan 4 Inchi sahaja bagi setiap saiz kategori kuda akan dipertandingkan.