Sunday 28 October 2012

Kejohanan Sukan Berkuda 2 November 2012

VIDEO KEJOHANAN SUKAN BERKUDA 
2 NOVEMBER 2013 DI PANTAI MEK MAS,
PCB KELANTAN



Akhir Kategori Belimo - Part I
_________________________________
 
 Akhir Kategori Belimo - Part II

_________________________________
 Akhir Kategori KKA

_________________________________

 Akhir Kategori KKB - Part I

  _________________________________
  Akhir Kategori KKB - Part II
 _________________________________

  Akhir Kategori PADI A - Part I
 _________________________________
  Akhir Kategori PADI A - Part II
 _________________________________
  Akhir Kategori PADI B
 _________________________________
   
Akhir Kategori PADI C
 

19 oktober 2012

12 Oktober 2012

28 September 2012

14 September 2012

7 September 2012

Hebahan KSB - 31 Ogos 2012










Sunday 22 July 2012

Video Sukan Berkuda - 20 Julai 2012






VIDEO KEJOHANAN SUKAN BERKUDA 
DI WAKAF AIK, 20 JULAI 2012

FINAL - Kategori Kuda Belima

____________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Siam A (KKA)

____________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Siam A (KKB)

____________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda PADI A

____________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda PADI C

Sukan Berkuda (13 JULAI'12) - Trek Wakaf Aid, Bachok Kelantan




Poster Kejohanan Sukan Berkuda Wakaf Aid





KATEGORIBIMO
Bimo01
Bimo02
Bimo03

______________________________________ 
 
 
 
KATEGORIKKA
KKA01
KKA02
KKA03

______________________________________



KATEGORIKKB
KKB01
KKB02
KKB03

______________________________________




KATEGORIPADI A
Padi A01
Padi A02

Padi A03



Sukan Berkuda Siri 2 (6 JULAI'12) - Trek Pantai Mek Mas, PCB Kelantan




Video Akhir Kejohanan Sukan Berkuda Bagi Setiap Kategori

FINAL - Kategori Kuda Belima

_____________________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Siam A (KKA)

__________________________________________________________________________


FINAL - Kategori Kuda Siam B (KKB)

_____________________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Padi A

_____________________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Padi B

_____________________________________________________________________________

FINAL - Kategori Kuda Padi C

Saturday 21 July 2012

SUDDIN EKUIN - Pembekal Peralatan Kuda di Kelantan





        Suddin Ekuin atau lebih dikenali sebagai Sudin (pemilik),  merupakan pembekal pelbagai peralatan kuda terbesar di Kelantan.Selain membekal barangan tersebut dia juga menyediakan perkhidmatan belajar menunggang kuda, menjahit barangan kulit, dan membuat peralatan kuda.
   
Selain itu khidmat sewa kereta kuda untuk sebarang majlis perkahwinan, perarakan dan sebagainya juga boleh didapati disini.Jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatanya bolehlah berurusan dengan Sudin dengan menghubungi 017-9350556 atau Email: suddinekuin@yahoo.com.
     
sila rujuk kad perniagaan Sudin untuk sebarang urusan

       Jika anda ingin mendapatkanya atau melihat sendiri barangan tersebut bolehlah dapatkan dimana-mana sukan berkuda  terdekat yang diadakan seluruh Kelantan, kerana setiap kali perlumbaan diadakan Sudin Ekuin tidak akan melepaskan peluang untuk membuka gerai demi peminat kuda disini untuk mendapatkan peralatan kelengkapan kuda. Selain itu anda boleh juga datang sendiri
dilokasinya beralamat Lot 1600, Jalan Kebakat, 16250 Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan.
       Di sini terdapat beberapa contoh barangan yang boleh didapati daripada Sudin Ekuin seperti gambar dibawah.



















Wednesday 13 June 2012

Fakta tentang kuda kelantan





Di Kelantan terdapat acara tahunan Kejohanan Sukan Berkuda yang digemari penduduk termasuk menarik penyertaan golongan remaja.



Memelihara kuda adalah sebahagian daripada tradisi di negeri ini dan pemiliknya bukan sahaja golongan bangsawan dan berada tetapi juga petani di ceruk desa.


Walaupun sukan berkuda tidaklah menarik penglibatan meluas masyarakat, tradisi itu berkekalan dan ia bukannya berteraskan perniagaan atau kegunaan, cuma lazimnya dipertandingkan untuk mengisi waktu santai.

 
Kerap kelihatan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan berkaki ayam menyusuri pantai atau meredah kampung dalam keadaan santai.


Tempat rekreasi berkuda yang terkenal di Kelantan ialah di Gelang Mas, Endong serta kawasan-kawasan tepi sungai termasuk Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di pinggir Sungai Kelantan dan Pantai Cahaya Bulan. 


Pertandingan-pertandingan berkuda diadakan lebih terarah bagi memeriahkan sambutan program-program yang melibatkan kehadiran pembesar dan dalam perlumbaan ia turut disertai kanak-kanak sebagai joki.


Pertandingan melibatkan kuda lasak, kepantasan dan juga kecantikan penampilannya mengikut kategori saiz dan baka.



Walaupun harga kuda agak mahal tetapi di sini (Kelantan) ia lebih kepada pertandingan suka-suka dengan hadiah berupa barangan elektrik atau peralatan dapur.


Difahamkan terdapat lebih 1,000 ekor kuda daripada pelbagai jenis dan baka melibatkan beratus orang pemilik di negeri ini.
 


Tiada catatan mengenai tradisi berkuda itu ditemui, namun mengikut orang tua-tua, pada masa silam penduduk Kelantan gemar memelihara kuda padi.



Sejarah kuda-kuda di Kelantan dipercayai dibawa masuk dari Siam, Asia Tengah dan dari Pulau Jawa serta Sumatera di Indonesia.



Anggota keluarga diraja pernah memelihara dan menunggang kuda jenis besar semasa bersiar-siar di sekitar kampung yang mungkin baka kuda itu dibawa masuk oleh pedagang Arab atau India.


Kuda-kuda jenis besar turut dikatakan dibawa masuk oleh penjajah Inggeris yang lebih dikenali di sini sebagai kuda belimo.



Sejak awal 1990-an, usaha menternak kuda-kuda ‘baka baik’ dilakukan dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo (thoroughbred) atau kuda padi dengan kuda Arab atau kuda belimo dengan kuda Arab.


Kuda kacukan Kelantan ini yang agak unik dengan penampilan fizikal lebih hebat dan lebih tinggi berbanding baka kuda padi asal menarik perhatian para penggemar kuda di negara ini.


Apatah lagi spesies baru itu sering menjuarai pelbagai kategori pertandingan kuda termasuk dressage, lumba, lasak dan juga kuda cantik.


Antara kelebihan kuda Kelantan ialah tahan lasak dalam menghadapi ragam cuaca, mempunyai daya tahan yang kuat menghadapi penyakit dan kos penyediaan makanan yang rendah kerana ia turut memakan rumput biasa.


Kuda kacukan Kelantan biasanya dijual dengan harga mencecah hampir RM20,000 bagi kelas A (ketinggian lebih satu meter) manakala kelas B (di bawah satu meter) sekitar RM10,000 ke bawah.Manakala kuda padi biasa mencecah RM7,00 (kelas A), RM4,000 (kelas B) dan RM2,500 (kelas C). Kelas ini dan nilai harga sebenar juga berasaskan tahap  ketinggian haiwan itu di samping penampilannya.

Jika melibatkan pertandingan kuda lasak dan lumba kuda, harga akan lebih mahal lebih-lebih lagi pernah muncul sebagai juara dalam pertandingan. Kepantasan, ketinggian, warna dan tanda dikepala serta kecantikan penampilan diambil kira dalam menentukan harga kuda.


Tradisi jual beli kuda kelantan biasanya melaluai maklumat orang ramai, dari  mulut ke mulut dan melalui perjumpaan jika terlibat dalam aktiviti berkuda, Terkini jual beli boleh dapat dilihat iklan melalui Mudah.my, Blog, dan juga melalui laman Facebook.




Antara kuda yang terdapat di Kelantan




VIDEO KUDA DI KELANTAN
Lihat cantiknya kuda yang terdapat di negeri Kelantan, Selain saiz badan yang tinggi dan tegap, rupa bentuk kuda juga agak menarik, lebih-lebih lagi semasa ia berjalan.


Antara sebahagian Kuda Kelantan yang dapat andalihat disini.


Antara Kuda Kelantan dalam sesi memanaskan badan sebelum perlumbaan.