Wednesday 13 June 2012

SPRINT TEST (9 JUN 2012) - Pantai Irama Bachok, Kelantan








Pesta Sukan Berkuda ( Sprint Test ) pada 9 Jun 2012 diadakan sempena Pesta Pantai 2012 bertempat di Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Sukan tersebut dianjurkan oleh Majlis Daerah Bachok dan  Pusat Penerangan Perlancongan Negeri Kelantan sempena Tahum Melawat Kelantan 2012( TMK '12).Selain sukan berkuda banyak lagi aktiviti lain seperti pertandingan memancing, pertandingan lembu cantik, bola sepak pantai, pertandingan melukis, motor cross dan banyak lagi.

Pada kejohanan Sukan Berkuda, peserta yang mengambil bahagian amat luar biasa sehingga melebihi 100 ekor kuda penyertaan, kerana pendaftaran adalah percuma yang disediakan oleh pihak penganjur .
Kebanyakan Penyertaan yang mengambil bahagian dari seluruh negeri Kelantan termasuk juga daerah Besut, Terengganu. 

Amat meriah sekali apabila melihat gelagat setengah penonton yang belum pernah melihat acara sukan berkuda sebelum ini, sungguh teruja mereka apabila melihat kuda berlari pecut di trek lumba yang dinaiki oleh joki dari kanak-kanak kecil. Kuda pula terdiri daripada pelbagai kategori dari kuda Padi bersaiz kecil hinggalah kuda paling besar iaitu kuda belimo.



VIDEO AKSI SUKAN BERKUDA SPRINT TEST
SEMPENA PESTA PANTAI 2012


KATEGORI KUDA BELIMA - Final

__________________________________________________________________________


KATEGORI KUDA KACUKAN KELANTAN A (KKA) - Final

__________________________________________________________________________


KATEGORI KUDA KACUKAN KELANTAN B (KKB) - Final





No comments:

Post a Comment