Wednesday, 13 June 2012

Fakta tentang kuda kelantan





Di Kelantan terdapat acara tahunan Kejohanan Sukan Berkuda yang digemari penduduk termasuk menarik penyertaan golongan remaja.



Memelihara kuda adalah sebahagian daripada tradisi di negeri ini dan pemiliknya bukan sahaja golongan bangsawan dan berada tetapi juga petani di ceruk desa.


Walaupun sukan berkuda tidaklah menarik penglibatan meluas masyarakat, tradisi itu berkekalan dan ia bukannya berteraskan perniagaan atau kegunaan, cuma lazimnya dipertandingkan untuk mengisi waktu santai.

 
Kerap kelihatan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan berkaki ayam menyusuri pantai atau meredah kampung dalam keadaan santai.


Tempat rekreasi berkuda yang terkenal di Kelantan ialah di Gelang Mas, Endong serta kawasan-kawasan tepi sungai termasuk Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di pinggir Sungai Kelantan dan Pantai Cahaya Bulan. 


Pertandingan-pertandingan berkuda diadakan lebih terarah bagi memeriahkan sambutan program-program yang melibatkan kehadiran pembesar dan dalam perlumbaan ia turut disertai kanak-kanak sebagai joki.


Pertandingan melibatkan kuda lasak, kepantasan dan juga kecantikan penampilannya mengikut kategori saiz dan baka.



Walaupun harga kuda agak mahal tetapi di sini (Kelantan) ia lebih kepada pertandingan suka-suka dengan hadiah berupa barangan elektrik atau peralatan dapur.


Difahamkan terdapat lebih 1,000 ekor kuda daripada pelbagai jenis dan baka melibatkan beratus orang pemilik di negeri ini.
 


Tiada catatan mengenai tradisi berkuda itu ditemui, namun mengikut orang tua-tua, pada masa silam penduduk Kelantan gemar memelihara kuda padi.



Sejarah kuda-kuda di Kelantan dipercayai dibawa masuk dari Siam, Asia Tengah dan dari Pulau Jawa serta Sumatera di Indonesia.



Anggota keluarga diraja pernah memelihara dan menunggang kuda jenis besar semasa bersiar-siar di sekitar kampung yang mungkin baka kuda itu dibawa masuk oleh pedagang Arab atau India.


Kuda-kuda jenis besar turut dikatakan dibawa masuk oleh penjajah Inggeris yang lebih dikenali di sini sebagai kuda belimo.



Sejak awal 1990-an, usaha menternak kuda-kuda ‘baka baik’ dilakukan dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo (thoroughbred) atau kuda padi dengan kuda Arab atau kuda belimo dengan kuda Arab.


Kuda kacukan Kelantan ini yang agak unik dengan penampilan fizikal lebih hebat dan lebih tinggi berbanding baka kuda padi asal menarik perhatian para penggemar kuda di negara ini.


Apatah lagi spesies baru itu sering menjuarai pelbagai kategori pertandingan kuda termasuk dressage, lumba, lasak dan juga kuda cantik.


Antara kelebihan kuda Kelantan ialah tahan lasak dalam menghadapi ragam cuaca, mempunyai daya tahan yang kuat menghadapi penyakit dan kos penyediaan makanan yang rendah kerana ia turut memakan rumput biasa.


Kuda kacukan Kelantan biasanya dijual dengan harga mencecah hampir RM20,000 bagi kelas A (ketinggian lebih satu meter) manakala kelas B (di bawah satu meter) sekitar RM10,000 ke bawah.Manakala kuda padi biasa mencecah RM7,00 (kelas A), RM4,000 (kelas B) dan RM2,500 (kelas C). Kelas ini dan nilai harga sebenar juga berasaskan tahap  ketinggian haiwan itu di samping penampilannya.

Jika melibatkan pertandingan kuda lasak dan lumba kuda, harga akan lebih mahal lebih-lebih lagi pernah muncul sebagai juara dalam pertandingan. Kepantasan, ketinggian, warna dan tanda dikepala serta kecantikan penampilan diambil kira dalam menentukan harga kuda.


Tradisi jual beli kuda kelantan biasanya melaluai maklumat orang ramai, dari  mulut ke mulut dan melalui perjumpaan jika terlibat dalam aktiviti berkuda, Terkini jual beli boleh dapat dilihat iklan melalui Mudah.my, Blog, dan juga melalui laman Facebook.




Antara kuda yang terdapat di Kelantan




VIDEO KUDA DI KELANTAN
Lihat cantiknya kuda yang terdapat di negeri Kelantan, Selain saiz badan yang tinggi dan tegap, rupa bentuk kuda juga agak menarik, lebih-lebih lagi semasa ia berjalan.


Antara sebahagian Kuda Kelantan yang dapat andalihat disini.


Antara Kuda Kelantan dalam sesi memanaskan badan sebelum perlumbaan.











4 comments:

  1. slm, sy minat belajar berkuda,byk tmpat dh sy cr kat kelantan tp susah.kat mn nk blaja kuda?

    ReplyDelete
  2. saya tertarik untuk berlatih pacuan kuda, kuda kelantan bagus tak?
    lebih bagus mana sama Kuda Hockney?
    terimakasih

    ReplyDelete