Thursday 31 January 2013

Berkuda Tajamkan Fokus Minda





SUDAH menjadi persepsi ramai bahawa sukan berkuda sering dikaitkan dengan status sosial seseorang kerana kuda sinonim sebagai lambang kemegahan. 

Bagaimanapun, hari ini persepsi seperti itu seharusnya dikikis memandangkan semakin banyak pusat sukan berkuda boleh disertai orang ramai pada harga berpatutan.

Apatah lagi, sukan berkuda bukan sahaja menjadi satu rekreasi yang menyihatkan tubuh, bahkan mental seseorang.




Disebabkan itu, Kelab Ekuestrian Asia (AEC) dan sebuah syarikat berpengkalan di United Kingdom, Oxcell Inspire mengasaskan program kepimpinan berkuda yang pertama di Asia. Program Kecemerlangan Kepemimpinan Berkuda Al-Muharib (KKBA) itu dicetuskan bagi memecahkan batasan keupayaan manusia menerusi penguasaan kawalan pergerakan kuda dan komunikasi antara penunggang dengan haiwan pantas itu.

Presiden AEC Malaysia, Datuk Dr. Nek Abd. Rahman Saleh berkata, program tersebut menerapkan pelbagai nilai tambah bagi menyerlahkan sifat khalifah dalam diri pesertanya.

“Apabila anda menunggang kuda, fikiran akan menjadi lebih fokus kerana minda akan dilatih untuk menumpukan perhatian terhadap cara menstabilkan diri agar tidak jatuh dan pada masa yang sama berupaya mengawal pergerakan kuda.

“Kuda mengajar penunggangnya untuk tidak berputus asa dan teruskan mencuba sehingga berjaya. Ia diibaratkan semangat juang seorang pahlawan,” katanya ketika ditemui di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Latihan tersebut berjaya melatih individu berkenaan untuk lebih bersemangat dengan tindakan dan keputusan yang perlu diambil pada masa akan datang.

Pada masa sama, aktiviti menunggang kuda turut menerapkan nilai kerjasama berkumpulan, semangat juang ketika bekerja, kaedah berinteraksi yang berkesan dan pergaulan rapat dalam kalangan peserta program.

“Kuda juga boleh membantu seseorang membina keyakinan diri menerusi kejayaan mereka mengawal pergerakan kuda yang sukar pada awalnya. Kombinasi pergerakan badan, rentak tunggangan kuda dan suhu sekeliling pula membantu keupayaan tubuh memulihkan sistem saraf dalam badan si penunggangnya,” katanya.


Pendiam Jadi Periang
Individu yang pendiam dan sukar menyesuaikan diri dengan individu lain boleh mencuba rawatan terapi terkini menggunakan kuda.

Mereka akan diajar cara untuk berkomunikasi dengan kuda bagi mendapatkan keserasian antara penunggang dengan seekor kuda.

Lama-kelamaan, peserta yang mengalami masalah pendiam atau lebih dikenali sebagai introvert ini berubah menjadi seorang yang mudah bergaul dengan orang lain.

Menurut Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud, seorang yang introvert suka memendam perasaan dan bersikap mendiamkan diri.

“Masyarakat boleh mengajak individu yang pendiam untuk bergaul seperti berborak dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Perkara tersebut dapat membantu mereka berubah sedikit demi sedikit,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.



Kepimpinan berkuda
Di Eropah, program kepimpinan berkuda diwujudkan untuk menunjukkan betapa kelakuan seseorang mempengaruhi tindak balas sebenar haiwan atau individu lain dalam dunia nyata.
Latihan tersebut membolehkan pesertanya mengamalkan tingkah laku yang lebih konstruktif, seterusnya membantu mereka membina hubungan yang lebih akrab dengan orang lain serta menggalakkan peningkatan prestasi di tempat kerja.

Berbeza dengan manusia, seekor kuda tidak memiliki niat tersembunyi di sebalik setiap perlakuannya.
Kuda akan bertindak balas terhadap apa yang dilihatnya. Ia menggunakan emosi dan pergerakan fizikal bagi menunjukkan perasaannya kepada situasi yang dialaminya pada ketika itu.
Jurulatih kepimpinan berkuda di Eropah mempercayai sikap seseorang terhadap kuda mencerminkan sikap mereka bergaul dengan makhluk lain.

Lazimnya, latihan bersama kuda dapat membantu seseorang meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara berintegriti, jelas dan mudah mendapat perhatian.
Sikap kepekaan kuda mengajar penunggangnya cara untuk menjadi ketua yang mampu berkomunikasi dengan efektif dan membentuk kerjasama antara anggota bagi mencapai kecemerlangan pentadbiran sesebuah organisasi.

Dalam pada itu, KKBA yang mula bertapak di Malaysia pula menggunakan khidmat jurulatih bertaraf antarabangsa bagi memastikan peserta program tersebut menerima pendedahan terbaik tentang prinsip yang hendak diterapkan.

“Al-Muharib mempunyai seorang ketua jurulatih yang berpengalaman melatih kuda dalam sukan Olimpik manakala lima orang lagi merupakan jurulatih tempatan yang memiliki sijil pengiktirafan antarabangsa,” katanya.

Badan korporat atau organisasi yang berminat boleh menghubungi AEC di talian 03-4142 7958 untuk sebarang maklumat lanjut.

iFOHM 2013 - Festival Kuda Terbesar


www.ifohm.com
iFOHM 2013 adalah perhimpunan terbesar bagi aktiviti kuda yang akan diadakan di Malaysia. Merupakan salah satu Festival antarabangsa yang unik dalam memperkenalkan aktivis kuda dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kelantan, bersesuaian dengan negeri Kelantan yang merupakan sebuah negeri aktivis  kuda yang ramai dan negeri yang kaya dengan pelbagai budaya, nilai-nilai tradisional dan unik. Festival ini juga merancang untuk mewujudkan hubungan muhibah antara semua aktivis kuda di seluruh Malaysia malah seluruh dunia, dan diiktiraf menjadi platform bagi aktivis kuda di seluruh dunia dalam mengumpul dan mengadakan perjumpaan tahunan bagi  serata  Asia.






Festival  ini akan menghimpunkan lebih daripada 1000 kuda dari seluruh Malaysia dan jiran antarabangsa, dan akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Festival Kuda Terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia, bersama-sama dengan Aktiviti dan Pameran Terbesar yang pernah diadakan di rantau ini.


Perayaan ini juga mengumpulkan pelbagai seni warisan, aktiviti kebudayaan dan tradisional di Kelantan seperti Dikir Barat, Wayang Kulit, Wau, Pameran Gasing dan lain-lain lagi, sebagai tarikan pelancong. iFOHM 2013 juga telah dirasmikan sebagai salah satu acara utama dalam kalendar pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut http://ifohm.com/



Pelancaran iFOHN 2013 di Sri Pentas




iFOHM 2013 telah berjaya dilancarkan di Sri Pentas, Media Prima pada 15 Januari 2013, dalam acara slot segmen ‘Malaysia Hari Ini’ dari jam 07.00 - 9.00 pagi. Sepanjang 2 jam  slot tersebut terdiri daripada Enam kuda tempatan, lima belas penunggang kuda dan beberapa aktiviti lain dalam iFOHM 2013 yang telah dipamerkan dalam segmen tersebut. 




Sebagai membawa penjenamaan dan identiti kuda Kelantan. Mereka mempunyai cara tersendiri dalam berpakaian sebagai memperkenalkan penunggang kuda tradisional Kelantan. Pelancaran tersebut adalah tanda rasmi peristiwa kepada iFOHM 2013, yang akan berlangsung pada 24-28 April 2013. Media Prima, Media rasmi & Rakan Penyiaran akan memaparkan berita dan peristiwa mengenai iFOHM 2013.


 










Iklan Karnival Sukan Berkuda Terbuka Kelantan pada 16 Februari 2013




Produk Berasaskan Kuda

















































Khasiat Susu Kuda


Khasiat susu kuda mampu menyembuh pelbagai penyakit
 Kajian dan penyelidikan yang di jalankan terhadap susu kuda liar dan mendapati komposisinya hampir sama dengan susu manusia (ibu) berbanding dengan susu haiwan-haiwan yang lain

Ada beberapa keunikan yang terdapat pada susu kuda ini yang boleh di kaitkan dengan pemakanan manusia seperti kandungan "Polyunsaturated Fatty Acids", kandungan kolesterol yang rendah serta keunikan lain yang terdapat pada unsur lemak, karbohidrat dan protein

Niemans Feramilch adalah satu produk kesihatan terbaik berasaskan susu yang di perakui dan dlsokong oleh program penyelidikan yang berterusan. Produk ini di hasilkan daripada susu baka kuda liar yang mempunyai keunikan genetik kerana faktor persekitaran dan sumber pemakanan yang terpelihara bagi menghasilkan nilai perubatan (terapeutik) yang tersendiri berbanding dengan susu kuda biasa mahu pun lembu dan kambing.

Niemans Feramilch adalah produk susu kuda liar yang pertama yang terbukti di bawah pengawalan khusus dan komprehensif Program Pengawalan dan Kajian Saintiffik Bioteknologi yang telah di jalankan oleh penyelidik dari Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan yang merumuskan seperti berikut:

Kandungan vitamin dan zat galian yang tinggi serta sifat anti kanser / tumor adalah amat berkesan untuk menanggani dan mencegah penyakit yang berkaitan dengan darah dan jangkitan / serangan virus. Di samping itu SKL dapat membantu tubuh badan berfungsi secara lebih berkesan dan sentiasa berada di tahap optima.
Ia juga berupaya untuk mencairkan serta melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan terutama ke bahagian jantung dan berupaya memperbaiki sel-sel darah, mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru serta meningkatkan fungsi hormon-hormon.

Lactobasillus Acidhopilus Bacteria (LAB) didapati secara semulajadi di dalam SKL dan tidak perlu di kultur seperti makanan tambahan lain yang berasaskan susu. LAB amat perlu bagi mengawal dan melawan bacteria yang memudaratkan di dalam tubuh badan terutamanya di bahagian usus.

Teknik pemprosesan "Lyophilization" di gunakan untuk menghasilkan produk yang berkualiti dari segi memastikan kandungan khasiat vitamin dan zat galian tidak terjejas sama sekali di dalam proses pengeluaran.
Ini menjadikannya produk semulajadi yang terbaik sebagai makanan tambahan dan remedi alternatif. Niemans Feramilch juga dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik untuk membina tubuh yang sihat serta menangkis serangan berbagai penyakit dan tekanan di dalam masyarakat moden sekarang.

  

 

Nilai Terapeutik Susu Kuda Liar:
* Kandungan antioksida dan antikanser yang tinggi.
* Membantu meningkatkan daya ketahanan badan
* Mengawal dan mengimbangi sel-sel darah di dalam sistem tubuh badan
* Menenangkan dan meregangkan minda daripada kesan tekanan
* Meningkatkan tahap antibodi di dalam tubuh badan
* Meningkatkan fungsi hormon-hormon di dalam tubuh badan
* Membantu melambatkan proses penuaan (anti-aging)
* Makanan kesihatan yang terbaik
* Kandungan protein yang tinggi dan tahap kandungan lemak rendah
* Mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi
* Kandungan Karbohidrat dan Phosphoilpid yang tinggi
* Menghalang sindrom penyakit Gastrointestinal daripada terjadi
* Dengan mengalakkan pertumbuhan Bacteria di dalam usus

Komposisi Produk Susu Kuda Liar:
* Agen Antioksida yang berpotensi untuk menghalang sel-sel kanser daripada terus merebak
* Kandungan `Molecular weight peptides, free amino acids, orot acids, vitamin dan mineral yang membantu menggalakan fungsi sel hati
* Memberi kesan immunotherapeutic yang amat berkesan untuk mengawal penyakit yang kronik
* Sangat penting untuk pembangunan saraf penglihatan dan kecerdasan minda
* Membantu mengimbangi tekanan darah
* Mengalakkan penyerapan kalsium yang optima
* Menghalang penyerapan lemak di dalam hati
* Penghalang umum terhadap jangkitan dan tindakan bacteria di dalam usus
* Kandungan besar asid amino yang mudah di hadamkan
* Menggalakkan metabolisma badan yang lebih baik dan menstabilkan tekanan darah
* Mengandungi lebih vitamin C, A, B1, B2, dan B12 daripada susu lembu
* Mengandungi enzim Peptida yang mampu melawan tekanan dan anti penuaan
* Untuk menggalakkan pertumbuhan sel dan reproduksi kulit

VITAMIN
Vitamin A. Vitamin B3(Niacin), Biotin, Vitamin C, Vitamin B6,Vitamin B1(Thiamin), Folate, Vitamin D, Vitamin B2(Riboflavin), Vitamin E, Vitamin B12, Penthothetic Acid

MINERAL
Potassium. Sodium, Zinc, Magnesium, Selenium, Calcium, Chromium, Phosporus.

AMINO ACIDS
Alanine, Arginine, Aspartic Acid, Cystine, Glutamic, Acid Glycine, Histidine, Isoleucine, Leucine,Lysine, Methionine, Phenylalanine, Proline, Serine, Threanine, Tryptophan, Tyrosine, Valine.