Wednesday 13 June 2012

Mengukur Ketinggian Kuda Lumba

Sebelum perlumbaan diadakan, pihak penganjur/AJK akan memastikan semua kuda diukur ketinggianya bagi menentukan kuda berada pada kategori yang betul samaada kuda padi A, B, C, KKA dan juga KKB.

Semua kuda yang diukur di awal perlumbaan menggunakan peralatan khas yang ditetapkan ukuran bagi setiap kategori. Peralatan tersebut digunakan bagi menyenangkan pihaknya menguruskan kerja semasa proses mengukur kuda dilakukan, kerana bukan semua kuda berada dalam keadaan baik semasa proses dijalankan.
Semasa mengukur dijalankan, alat pengukur mesti berada pada kedudukan yang betul iaitu diparas bahu kuda atau  (wither). Kerana apabila kuda tunduk/mendongak keatas atau bawah, kedudukan  ketinggian paras tersebut masih tidak berubah.

    Bagi pengiraan saiz ketinggian kuda bagi kategori kuda Padi C ialah (39 inchi), Padi B (43 inchi), Padi A (47inchi), Kuda Siam B/KKB (51 inchi) dan  Kuda SiamA/KKA (55 inchi). Bagi kategori Belimo kuda tersebut adalah bertanda NFS pada badan tersebut dan ia mestilah melebihi 55inchi keatas.
     Setiap ukuran hanya mempunyai perbezaan 4 Inchi sahaja bagi setiap saiz kategori kuda akan dipertandingkan.










1 comment:

  1. salam..tuan editor..sy ni mmg peminat kuda kelate..dh mmg ank kelate..cuma duk kuantan..mana sy blh dapatkan info tempat jualan kuda kelate ni..sbb mmg sy ada plan nk beli sepasang thn ni..tp beli sekor2 dulu..blh tuan editor bgtau..
    ini email sy. humble.sahaye@gmail.com

    ReplyDelete