Wednesday 13 June 2012

Kejohanan Sukan Berkuda - 13 April 2012 (Bukit Panau, Tanah Merah)

Poster Lumba Kuda TM EKUIN


Buat julung kali pertamanya kejohanan sukan berkuda di Bukit Panau, Tanah Merah diadakan selepas tanah lapang kawasan tersebut dijadikan sebagai trek khas untuk sukan berkuda. Kejohanan tersebut merupakan siri 1 buat TM EKUIN dengan kerjasama The Redlanders bertungkus lumus menjayakan sukan tersebut yang berlangsung pada 13 April 2012 yang lepas.

Dalam kejohanan tersebut terdiri lebih 80 penyertaan di seluruh negeri Kelantan yang mengambil bahagian kerana mereka tidak melepaskan peluang merasai trek baru di sana disamping menjayakan sukan tersebut yang lazimnya dijadikan aktiviti sejak turun-termurun.



Sambutan sukan tersebut amat menggalakkan dan meriah sekali lebih-lebih lagi turut dihadiri oleh orang kenamaan seperti YB Dato HJ Abd. Fattah (Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan) dan tahniah buat Presiden & Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Penggerak Sukan Berkuda Tanah Merah (TM EKUIN) kerana bertungkus lumus menjayakan sukan berkuda di Tanah Merah 2012 siri 1.
 GALERI SUKAN BERKUDA TANAH MERAH SIRI 1

KATEGORI KUDA BELIMA



























No comments:

Post a Comment