Monday 6 February 2012

TOP 30 Filem Kuda sepanjang zaman


Tentang Filem Kuda ..
Antara top 30 filem kuda yang popular dari era tahun 1940 hinggalah sekarang. Yang dirujuk dari website 'Horse Channel", ingin saya kongsikan bersama. Kebanyakan filem kuda diterima oleh semua  lapisan masyarakat lebih lagi cerita yang menarik dan hubungan antara kuda dan manusia. Kuda dijadikan sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.Ada sesetengah filem dijadikan kuda sebagai watak utama sehinggalah ada diantaranya digemari sampai sekarang.Ikuti Top 30 carta Filem Kuda yang patut anda lihat :

Top 1 Hingga 10 - Filem Kuda

1.The black stallion

Mengisahkan Kuda Jantan Hitam (The black stallion) yang setia.. kisah tentang cinta antara seorang budak lelaki dan seekor kuda yang membawa emosi gembira, sedih, seronok, ketegangan dan seolah-olah itu tidak puas menonton, lebih lagi pemandangan menakjubkan dan membuat anda tidak terganjak melihatnya. Sebuah filem yang sesuai untuk tontonan oleh seisi  keluarga. Kebanyakan semua orang sukakanya tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak hinggalah dewasa.




2.National Velvet

National Velvet ialah satu lagi filem kuda mengagumkan untuk tontonan keluarga. Ia terdiri dari barisan pelakon tersohor iaitu Mickey Rooney, Elizabeth Taylor, Donald Crisp, Anne Revere dan Angela Lansbury. Kombinasi watak lakonan dan perasaan yang menggembirakan, kesucian dan sebuah cinta pada kuda yang membuat semua mimpi menjadi nyata.





3.Black Beauty

Sebuah jalan cerita yang begitu menarik,  tetapi  ia juga amat sedih dan menyentuh perasaan sehingga kemungkinan boleh meninggalkan kesan terutama kanak-kanak. Black Beauty  ialah sebuah cerita yang menceritakan dari perspektif kuda-kuda dan mengaitkan pengalaman hidup yang dilalui seperti  gembira, sedih dan kejam diantara pertemuan kuda. Jalan Cerita Kuda ini akan menyentuh emosi anda dari mula sehingga tamat.




4.Secretariat

Pada 8 Oktober, 2010, Walt Disney Pictures melancarkan filem kuda terbaru iaitu, Secretariat-The Impossible True Story. Mengisahkan seorang surirumah yang mengambil alih stable milik ayahnya yang sakit demi meneruskan perjuangan lumba kuda, dilakonkan oleh Diane Lane sebagai Penny Chenery,Bertungkus lumus dan akhirnya Berjaya dinobatkan sebagai  pemenang Triple Crown dan kuda miliknya dikenali sepanjang zaman.



 5.The Horse Whisperer

The Horse Whisperer , cerita tentang seekor kuda yang mengagumkan tuanya yang dibintangi oleh Robert Redford, Kristin Scott Thomas, Scarlette Johannson, Sam Neill dan Diane Wiest. Juga pengarah filem, Robert Redford.Jalan cerita amat sedih dan ada unsur-usur kedewasaan dan juga tragis yang mungkin tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.Apa yang menarik tentang cerita kuda ini adalah dapat memberi inspirasi, bersentuhan dan keindahan jalan cerita dan teknik penggambaran. Ia mempunyai satu aura yang akan membuat anda mahu menontonnya berulang kali..


6. Hidalgo

Hidalgo ialah sebuah filem kuda handal iaitu tentang seekor kuda liar, Hidalgo , dan pemiliknya, Frank T. Hopkins, yang bersaing dalam lumba kuda 3,000 batu di padang pasir Arab. Berdasarkan sebuah kisah benar tetapi kebanyakan daripada filem itu terlepas dari fakta-fakta asal usul jalan cerita asal. Bagaimanapun , jika anda hanya mencari filem kuda mengagumkan ia tidak mengecewakan.




7. Dreamer

Dreamer ialah sebuah filem keluarga yang besar di Amerika. Tentang  kesempurnaan dan penggambaran filem cantik dan mempunyai satu akhiran yang sangat gembira. Menceritakan tragedi kuda lumbanya yang mengalami kecederaan iaitu kuda bernama Mariah’s Storm.





8. Seabiscuit

Seabiscuit, adalah sebuah filem sejarah lumba kuda yang terkenal di United State, yang menjadi legenda dikalangan penduduk di situ.Gary Ross merupakan pengarah filem dan dilakonkan oleh Tobey Maguire dan William H.Macy mengenengahkan sukan pada era kemelesetan tentang kuda lumba legenda, Seabiscuit.




9. Running Free

Running Free satu filem yang cemerlang pada tahun 1914, dilakonkan oleh Chase dan Arie Verveen merupakan jalan cerita yang agak luar biasa apabila seekor kuda betina melahirkan anak dan dipisahkan dari ibunya..dan anak kuda itu susah untuk bergaul  sehinggalah muncul seorang budak lelaki yatim piatu dan menjaganya.selepas kejadian perang berlaku ditempat mereka dan lari meninggalkan kandang ke padang pasirdan bertemu eseorang gadis asli yang menjadi teman dan mengajar hidup bebas dan bersendirian.Jalan cerita kuda ini terdapat banyak penderitaan yang dilalui oleh kuda-kuda melalui dan ia amat menyedihkan. Kuda ini berakhir gembira tetapi kami menangis hampir keseluruhan filem itu.

10. Spirit: Stallion of Cimarron

Merupakan satu filem animasi tentang kehidupan kuda jantan Mustang yang liar dan hidup bebas dalam Old West abad ke-19, di mana dia ditangkap oleh manusia iaitu peniaga-peniaga kuda dan menjual kepada satu rejimen askar berkuda di kota kara di sempadan. Terdapat, seorang kolonel kejam (suara James Cromwell) hampir berjaya dalam memutuskan kuda degil. Semangat melepaskan diri dari tawanan, Little Creek (suara Daniel Studi) belia dari Amerika Native yang berusaha untuk memiliki binatang hebat itu tapi lebih berperikemanusiaan.Ikuti  lebih lanjut tentang jalan ceritanya yang begitu menarik.lebih lagi menggunakan suara latar dari actor ternama.




Top 11 hingga 30 - Filem Kuda

Untuk top 11 hingga 30 ini saya hanya letak gambaran dan tajuk movie sahaja kerana tidak kesempatan masa untuk mengulas lanjut tentang cerita dan sinopsis..ikuti carta 11 hingga 30 berikut.


Top 11 hingga 20

11. All the Pretty Horses
12. The Black Stallion Returns
13. Casey's Shadow
14. Champions
15. A Day at the Races
16. The Electric Horseman
17. Flicka
18. The Horse in the Gray Flannel Suit
19. International Velvet
20. Into the West


Top 21 hingga 30

21. Ladyhawke
22. Let It Ride
23. The Man From Snowy River
24. Shergar
25. The Man From Snowy River
26. The Silver Stallion
27. Cutting Horse
28. The Derby Stallion
29. Wild Hearts Cant Be Broken
30. Eve The Fire Horse


No comments:

Post a Comment