Sunday 5 February 2012

SECRETARIAT - Kisah Lumba Kuda



Sinopsis Secretariat - The ImpossibleTrue Story
SECRETARIAT merupakan kisah benar yang luar biasa, Sejarah perjalanan hebat tahun 1973 pemenang Triple Crown pada tahun itu telah melakonkan semula jalan ceritanya ke layar  pada tahun 2010 yang diterbitkan oleh Walt Disney Picture dan dilancarkan pada 8 Oktober 2010. Lokasi filem ini dilakonkan di Lexington, Kentucky.                                                        

Filem ini berdasarkan kisah suri rumah dan juga ibu yang penyayang iaitu, Penny Chenery yang dilakonkan oleh (Diane Lane) setuju untuk mengambil alih tempat penjagaan kuda yang dimiliki oleh ayahnya iaitu‘Meadow Stables’di Virginia. kerana bapanya yang semakin sakit dan tidak berupaya menguruskan stable kepunyaanya lagi.
 Walaupun Penny kekurangan pengetahuan tentang penjagaan terutama dalam perlumbaan kuda ayahnnya namun ia diberi bantuan oleh jurulatih veteran iaitu Lucien Laurin (John Malkovich) berjaya menguruskan pekerjaan itu yang biasa dikuasai oleh kaum lelaki, Penny mahu membuktikan yang jantina tidak mempunyai halangan dalam melahirkan kuda miliknya sebagai yang terpantas.



Dengan keupayaan, semangat dan kesungguhan Penny, dia yakin kan diri untuk meneruskan perjuangan bagi menjayakan kuda miliknya iaitu dari baka thoroughbred setelah permulaanya gagal. Namun dia tidak putus asa dan selalu buat yang terbaik demi Secretariat, joki nya Ron Turcotte memberi semangat baru dan memberikan yang terbaik demi menjaga nama, Secretariat dan juga stable.


Akhirnya beliau berjaya memiliki kuda  pemenang Triple Crown pertama dalam 25 tahun dan merupakan juara kuda lumba paling terpengaruh sepanjang zaman.






No comments:

Post a Comment