Thursday 23 February 2012

Mini Endurance Pantai Bachok








Mini Endurance dari Kg Pengkalan Haji Ali, Bachok

Mini Endurance bersama 9 ekor kuda dari kampung Pengkalan Haji Ali, Bachok pada 2 Feb lepas sering melakukan aktiviti riadahnya pada hujung minggu. Bermula dari lokasinya hingga ke Pantai Irama lebih kurang 20Km perjalanan dengan menunggang kuda adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan.

























Masih dalam perjalan ke pantai yang sudah memakan masa 1 jam perjalan,
sekarang ni berada di jalan kampung Pantai Baru..

























Lebih kurang 500 meter lagi untuk sampai ke persisiran pantai setelah
megharungi beberapa buah kampung, sungai, sawah padi dan tunggu
saat ini untuk ke pantai pula..

 Menguji Kekuatan Kuda dan Penunggan
Lagi jauh perjalanan lagi luas permandangan selain dapat menguji kekuatan kuda serta penungganya. beriadah seperti ini dapat meningkatkan stamina tubuh badan, fizikal dan mental. Ia amat baik untuk kesihatan manusia terutamanya seluruh tubuh mendapat manfaatnya daripada mengikuti aktiviti seperti ini.

























Dah pun sampai ke pantai ..iaitu Pantai Baru, tetapi destinasi utama mereka adalah ke Pantai Irama,Bachok yang jaraknya lebih kurang 4 km lagi.


Seronok sekali konvoi beramai ramai lebih- lebih lagi di persisiran pantai yang begitu indah permandangan. Setelah itu kumpulan ini berhenti sekejap di muara bagi merehatkan otot-otot dan sendi kuda dan memberikan minum supaya dapat menyejukan badan setelah beberapa jam perjalan.






Harapan dengan adanya aktiviti kuda beramai-ramai seperti ini, terutama di Pantai Irama akan dapat menarik lebih ramai pengunjung datang supaya ia lebih lagi meriah dan menyeronokkan.
 




No comments:

Post a Comment