Saturday 4 February 2012

Tentang Blog Kuda Kelate

Assalamualaikum..Terima kasih kerana sudi melawat ke ruangan blog KUDA KELATE, blog ni di reka untuk memberi informasi tentang aktiviti kuda di Kelantan dan berkongsi minat, tips, aktiviti dan juga galeri berkaitan dengan kuda di kawasan ini.


Disamping itu juga, menaikkan sukan berkuda ke peringkat yang berprestig dan  menarik orang ramai juga pelancong datang  melihat keunikan budaya sukan berkuda di Kelantan. Antara joki dan kuda tersohor yang pernah mendapat juara dalam sukan ini.

Perkembangan Kuda Kelate di Kawasan Anda..
Yang menarik disini anda dapat mengikuti perkembangan tentang kuda dan juga pemiliknya, melihat sendiri di lokasi (stable) tempat penjagaan dan aktiviti di tempat mereka, mungkin juga di kawasan anda. Di kelantan terdapat beribu-ribu ekor kuda dijaga distable masing-masing oleh penggemar kuda diseluruh Kelantan termasuk Pengkalan Chepa, PCB, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Besut dan banyak lagi.




Minat Dengan Kuda.
Bagi yang berminat dengan kuda dan masih lagi baru berjinak dengan haiwan ini samada mempunyai kuda sendiri atau tidak disini anda dapat mengikuti tips, informasi, penjagaan, cara menunggang, jenis-jenis kuda, barangan dan banyak lagi yang boleh dikongsikan bersama.

Pesta Sukan Berkuda
Bagi memeriahkan suasana perkarangan di pesta ini, sama-samalah kita menyertainya pesta sukan berkuda yang diadakan pada setiap bulan dan di sepanjang tahun. Bagi pemilik kuda amat dialu-alukan, demi mewujudkan mutu sukan berkuda ditanah air yang diwarisi sejak turun temurun lagi dan melahirkan jaguh kuda yang ternama dan dikenali ramai. Selain itu, dapat menarik orang luar terutama pelancong datang kesini melihat keunikan budaya di tempat  kita.

Lokasi Trek dan Aktiviti Pesta Berkuda diadakan
Pesta ini diadakan antara 2-3 kali sebulan. Samada dikenakan yuran bagi peserta ataupun hanya percuma yang ditaja samaada oleh persatuan,wakil rakyat ataupun individu. Bagi penonton adalah percuma hanya bawa rakan-rakan ataupun keluarga ke tapak pesta ini. Antara trek kuda pilihan yang selalu diadakan seperti di lokasi berikut :
  1. Pantai Mek Mas,Kuala Besar, PCB .
  2. Kg. Binjai, Jln PCB, Kota Bharu,
  3. Padang Puspakom, Pengkalan Chepa.
  4. Wakaf  Aid, Bachok.
  5. Kg Dalam Rhu, Tumpat
  6. Pasir Pekan, Kota Bharu
  7. Gong Kulim, Pasir Puteh 
  8. Bukit Panau, Tanah Merah
  9. Pantai Kemayan, Bachok
  10. Rantau Panjang.






.

No comments:

Post a Comment