Sunday 3 February 2013

Jom Mendekati Diri Bersama Kuda

Pencinta kuda berpeluang untuk melihat dan mengenali haiwan ini dengan lebih dekat pada Festival Kuda Antarabangsa ( iFOHM- international Festival of The Horse Malaysia ) yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 April ini di KB Waterfront, Lembah Sireh, Kelantan, Malaysia




Bersempena festival tahun ini, pengunjung akan dapat melihat pelbagai acara menarik seperti pertandingan ekuestrian yang merangkumi pelbagai aktiviti sukan berkuda seperti perarakan dan lumba kuda.

Bagi mereka yang suka membeli-belah pula, terdapat tapak ekspo menjual barangan dan makanan. Manakala untuk keseronokan pula, terdapat kegiatan persembahan seni kebudayaan dan tradisional seperti dikir barat, wayang kulit, pertunjukan wau dan permainan gasing. Selain itu banyak lagi persembahan pentas,  permainan dan juga pertandingan yang akan diadakan disana.

Tarikan lain selain ekuin, ada juga pertandingan ayam serama, burung candid, belalang dan banyak lagi akan diadakan bagi peminat peminat yang mempunyai hobi seperti ini.

Bagi yang ingin mencari kelengkapan kuda, amat sesuai ke tapak ekspo ini kerana menjual semua barangan produk dan perkhidmatan berkaitan kuda. Pengunjung juga dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda, menunggang kuda padi dan mengenali baka kuda yang terdapat di negeri ini.

“Ini adalah peluang hebat untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan remaja untuk mengenali aspek-aspek sukan ekuestrian disamping bersiar-siar dengan penuh keseronokan yang bertumpukan pada tema kuda.

Festival ini juga adalah tempat untuk orang awam memperoleh maklumat tentang kesenian budaya masyarakat Kelantan melaluai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
 
“Ia juga merupakan hari perjumpaan dengan mengumpul lebih 1,000 kuda dari dalam dan luar negara, ini akan mencatatkan sejarah sebagai perhimpunan dan aktiviti kuda terbesar dianjurkan di negara ini dan akan dicatatkan dalam 'Malaysia Book of Records'.
 
Dengan bilangan kuda yang bertambah di negeri ini yang menjangka 2,500 pemilik kuda dengan anggaran 5,000 ekor kuda akan menarik lebih banyak aktiviti berkuda seperti sukan, beriadah, dan sebagainya yang boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai festival ini sila layari website : http://ifohm.com/






EQUESTRIAN - Apa Pilihan Anda ?


Equestrian - Dalam acara Equestrian terdapat banyak sukan dan acara yang memaparkan aksi berkuda dalam pertandingan mahupun pertunjukan, ia  adalah sukan berbeza-beza yang melibatkan kuda seperti Dressage, Endurance, jumping, Racing dan banyak lagi. Berikut adalah contoh sukan yang terdiri dalam kategori Equestrian.



DRESSAGE
Dressage - Menunjukkan keupayaan kuda dalam mempersembahkan ballet atau pergerakan badan yang cantik yang memerlukan dedikasi  bagi kedua-dua kuda dan penunggang. Ini memerlukan latihan yang luas, supaya ia kelihatan seolah-olah kuda itu tidak bertanding tetapi hanya melalui usul seni persembahan.
Persembahan yang baik berdasarkan Kebebasan dan kekerapan pergerakan kuda Impulsion, Keinginan kuda untuk bergerak ke hadapan, keanjalan langkah, Penyerahan bulat.Selain itu juga Perhatian kuda dan keyakinan, harmoni dengan penunggang, pergerakan ringan, dan disiplin kedua-duanya.



  _____________________________________________________


ENDURANCE
Endurance -  Sukan menunggang kuda jarak jauh yang memerlukan stamina dan ketahanan bagi kedua-dua kuda dan penunggang. Ia adalah keupayaan kuda untuk kekal aktif dalam tempoh masa yang panjang, serta keupayaan dalam mengharungi cabaran dan rintangan.
Dalam acara ini kuda memerlukan berhenti (check-point) dalam jarak ditetapkan untuk pemeriksaan agar haiwan ini dalam kesihatan yang baik dan sesuai untuk meneruskan endurance. Jarak endurance biasanya dilakukan dalam jarak Kilometer bergantung kepada penyertaan dan disertai dalam bentuk kumpulan. 




 _____________________________________________________


EVENTING
Eventing – Sukan lasak bagi equestrian yang boleh dianggap triathlon pertandingan kuda. Pertandingan merentasi 3 halangan yang berbeza termasuk jumping (melompat), cross country ( berlari merentasi halangan pada permukaan tanah, air dan bukit)  dan Dressage ( disiplin kuda ). 




  _____________________________________________________


REINING
Reining - Pelumba akan mengarahkan kuda mereka melalui halangan selekoh tajam, berhenti tepat, bulatan dan berputar.



  _____________________________________________________


JUMPING
Jumping – Halangan melompat palang lebih daripada beberapa ketinggian yang berbeza dalam keadaan jarak yang terhad sambil menunggang kuda.





 _____________________________________________________


TENT PEGGING
Tent pegging - Dengan halangan objek berada di permukaan tanah, seperti  melekat keluar dari tanah, penunggang mesti mengambil halangan objek itu menggunakan senjata (kayu, lembing atau pedang)  sambil menunggang kuda.



 
 _____________________________________________________


VAULTING
Vaulting - Ini adalah gaya gimnastik semasa menunggang kuda.



 
 _____________________________________________________
  

POLO
Polo - Objektifnya adalah untuk mengetuk bola ke dalam gol pasukan lawan dengan menggunakan ‘handheld mallet’.




  _____________________________________________________


HORSE RACING
Lumba Kuda - Seperti namanya, ini adalah sukan ekuestrian yang melibatkan penunggang yang berlumba kuda di sekitar trek.




  _____________________________________________________


DRIVING
Driving - Ini gaya sukan ekuestrian menggabungkan ‘wagon’ disambungkan ke kuda. Terdapat banyak banyak gaya dalam pemanduan seperti perlumbaan, kerja ladang, riadah dan dressage.




  _____________________________________________________


RODEO
Rodeo – Sukan ekstrim yang mungkin berbahaya, ia memastikan penunggang bertahan lebih lama menunggang dalam keadaan kuda melompat liar sebelum jatuh, aktiviti ekuestrian ini sesuai dengan panggilan ‘cowboy’ ia lasak dan berani.










Lawak Iklan Kuda





Friday 1 February 2013

Sejarah Kuda Tempatan


sumber daripada :
http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id1.html




Ringkasan Sejarah Tentang Kuda Tempatan

Dari kuda-kuda manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.

Kuda sudah lama berada dibumi dan berselerak diseluruh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.

Diantara baka kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ), Kuda Morgan ( USA), Tarpan, Arab ( Timur Tengah).

Di Malaysia, kuda diternak dan dipelihara oleh segelintir masyarakat setempat saperti di Kelantan, di Sabah, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka, dll.

Di Kelantan dan Sabah biasanya kuda diternak untuk tujuan pertanian, pertandingan lumba kuda, pertunjukan dan sebagainya. di Kelantan biasanya kuda diternak sebagai hobi untuk masa lapang selepas para petani selesai melakukan pertanian mereka saperti selepas menanam padi atau menoreh getah. Disebelah petang anak-anak muda akan menunggang kuda sebagai rekreasi atau merelakkan penat badan.
 
Sementara di Ipoh, Kuala Lumpur, Pualau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlumbaan profesional.

Sejarah Kuda Kelantan



Memelihara atau menternak kuda di Negeri Kelantan Darulnaim adalah sebahagian dari tradisi rakyat Kelantan. Hampir dimerata tempat di Kelantan terdapat orang-orang yang memelihara atau menternak kuda. Dianggarkan lebih dari 1000 ekor kuda dari berbagai jenis, baka atau keturunan kuda terdapat di Negeri Kelantan.





Sejarah Ringkas Kuda Di Kelantan.
Sejarah kuda di Negeri Kelantan tidak begitu jelas, sebab tidak ada rekod awal tentang pembiakan atau perternakan kuda di Negeri Kelantan.

Namun mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, orang-orang Kelantan dahulu kala suka memelihara kuda jenis 'kuda padi' atau kalau dipinjam istilah sekarang dikenali sebagai 'local pony'
Sasilah diceritakan bahawa pernah 'Raja Jembal' memelihara dan menaiki kuda besar-besar ( mungkin kuda belimo ). Hampir setiap petang dikatakan Raja ini menunggang kuda disekitar Kg Sering, Pegkalan Datu atau Kedai Lalat.

Pernah penulis diceritakan bahawa anak Raja Jembal tersebut, pernah jatuh dari kuda dan terseliuh dibahagian bahu.

Kuda-kuda yang terdapat di Kelantan purata berukuran 14 hands atau ketinggian lebih kurang 4 kaki. Kuda-kuda ini pada asalnya dibawa masuk ke kelantan dari Tanah Jawa,  Sumatera atau Siam.
Dipercayai bahawa asal usul kuda-kuda ini mungkin dari keturunan kuda Arab dan India yang dibawa pedangan-pedagang waktu dahulu.

Sebahagian dari kuda-kuda ini dibawa masuk ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan melalui Siam dan bakanya adalah Kuda Asia Tengah iaitu baka 'Wild Asiatic' dari Mongolia.

Sebab itu kalau diamati secara seni, kita dapat lihat tentang fisikal dan tempremental Kuda Padi Kelantan ini, kita boleh lihat dengan jelas beberapa ciri yang berbeza antara satu kuda dengan yang lain antaranya.
 Terkadang Kuda Kelantan kelihatan saperti kuda Arab dibahagian muka dan badan kelihatan saperti kuda Asia. Sebahagiannya pula muka kelihatan saperti kuda batak dengan kuku kaki kecil dan badan segak saperti Arab.

Pengaruh Kuda Inggeris
Pada pertengahan abad ke 18 dan ke 19, orang-orang Inggeris mula memasukkan kuda mereka ke Kelantan dan orang-orang Melayu Kelantan mula mengenali kuda-kuda jenis baka 'besar' atau istilah Kelantan dikenali sebagai kuda belimo. 

Pengaruh kuda Inggeris masih terpahat di Kelantan dimana terdapat satu cerita legenda dimana seorang wanita Inggeris mati, konon mengikut kata cerita, ia melakukan hubungan seks dengan kuda kepunyaan suaminya sehingga membawa maut. Dan kuda tersebut dimatikan oleh suaminya dengan tembakan dan bangkai kuda itu ditanam di satu jalan kecil di tengah bandar Kota Bharu dimana sehingga kini jalan tersebut dikenali sebagai 'Jalan Kubor Kuda' ( Wallha hualam ).
Kuda di Kelantan Masa Kini

Kini pemeliharaan dan perternakan kuda semakin digemari dan diminati oleh penduduk di Negeri kelantan.
Kalau di Malaysia, Kelantan memang dikenali sebagai satu pusat perkembangan kuda yang tersohor dengan keunikan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan tanpa berkasut ' bare foot' rider atau bare back rider.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak tahun 1990 orang-orang Kelantan mula menternak kuda-kuda baka baik dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo ( thoroughbred ) atau kuda padi dengan kuda arab atau kuda belimo dengan kuda arab.

 Hasil kacukan ini telah dapat dilihat pada kuda-kuda di Kelantan masakini, dimana kuda-kuda Kelantan kelihatan lebih hebat, bergaya, anggun dan cantik. Kuda-kuda kacukan Kelantan ini lebih tinggi dari baka kuda padi asal.

Keunikan ini menyebabkan kuda-kuda keluaran Kelantan amat berharga dan diminati oleh ahli-ahli di Malaysia. Malah buat masa kini boleh dikatakan hampir 95 % kuda-kuda spesis brau Kelantan ini menjuarai berbagai kategori pertandingan kuda di Kelantan termasuk dressage, lumba, enduran dan juga kuda cantik.

 Antara kelebihan kuda Kelantan ialah:
 1. Tahank Lasak
2. Kurang berpenyakit dengan daya tahan yang kuat
3. Tidak mudah luka
4. Tahan lasak dengan cuaca hujan atau panas
5. Tempermen yang bagus
6. Cerdik baik untuk berluma atau enduran
7. Makan rumput dan boleh ditambat dengan tali
8. Baik untuk dibuat enduran