Sunday 3 February 2013

Jom Mendekati Diri Bersama Kuda

Pencinta kuda berpeluang untuk melihat dan mengenali haiwan ini dengan lebih dekat pada Festival Kuda Antarabangsa ( iFOHM- international Festival of The Horse Malaysia ) yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 April ini di KB Waterfront, Lembah Sireh, Kelantan, Malaysia




Bersempena festival tahun ini, pengunjung akan dapat melihat pelbagai acara menarik seperti pertandingan ekuestrian yang merangkumi pelbagai aktiviti sukan berkuda seperti perarakan dan lumba kuda.

Bagi mereka yang suka membeli-belah pula, terdapat tapak ekspo menjual barangan dan makanan. Manakala untuk keseronokan pula, terdapat kegiatan persembahan seni kebudayaan dan tradisional seperti dikir barat, wayang kulit, pertunjukan wau dan permainan gasing. Selain itu banyak lagi persembahan pentas,  permainan dan juga pertandingan yang akan diadakan disana.

Tarikan lain selain ekuin, ada juga pertandingan ayam serama, burung candid, belalang dan banyak lagi akan diadakan bagi peminat peminat yang mempunyai hobi seperti ini.

Bagi yang ingin mencari kelengkapan kuda, amat sesuai ke tapak ekspo ini kerana menjual semua barangan produk dan perkhidmatan berkaitan kuda. Pengunjung juga dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda, menunggang kuda padi dan mengenali baka kuda yang terdapat di negeri ini.

“Ini adalah peluang hebat untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan remaja untuk mengenali aspek-aspek sukan ekuestrian disamping bersiar-siar dengan penuh keseronokan yang bertumpukan pada tema kuda.

Festival ini juga adalah tempat untuk orang awam memperoleh maklumat tentang kesenian budaya masyarakat Kelantan melaluai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
 
“Ia juga merupakan hari perjumpaan dengan mengumpul lebih 1,000 kuda dari dalam dan luar negara, ini akan mencatatkan sejarah sebagai perhimpunan dan aktiviti kuda terbesar dianjurkan di negara ini dan akan dicatatkan dalam 'Malaysia Book of Records'.
 
Dengan bilangan kuda yang bertambah di negeri ini yang menjangka 2,500 pemilik kuda dengan anggaran 5,000 ekor kuda akan menarik lebih banyak aktiviti berkuda seperti sukan, beriadah, dan sebagainya yang boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai festival ini sila layari website : http://ifohm.com/






No comments:

Post a Comment