Sunday 31 March 2013

Kesihatan dan Penyakit Kuda



Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Antara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan kematian. 

Simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless.


Rawatan
Peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan menggalakkan kuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja. 

Jika tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquid parafin dan Fluids ke dalam badan kuda. 

Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda, pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi Butalone granules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. 

Kurap boleh dikesan apabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel.
Cara merawat, Mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine, sapukan krim topikal seperti beavate dan beriantihistamine.










No comments:

Post a Comment