Sunday 31 March 2013

Pengurusan Stable Kuda






Stable iaitu lebih dikenali sebagai kandang kuda atau tempat penyimpanan kuda, yang perlu diberi perhatian dalam semua aspek penjagaan seperti kebersihan dan  keselamatan, supaya  pengurusan yang baik akan  memberi keselesaan kepada kuda bahkan juga kepada pemilik dan penjaganya. Kerja-kerja pengurusan perlu dilakukan pada setiap pagi dan petang dengan membersihkan ruang stable, peralatan kuda, grooming dan juga menyediakan makanan didalam stable secukupnya.

Ciri - ciri Stable 
Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik. 


Saiz Stable
Saiz stabel yang sesuai adalah bergantung kepada jenis kuda seperti :
  • 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda padi, 
  • 3.6 m x 3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar ( kuda siam )
  • 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk kuda besar ( belimo )

Pengurusan Kuda di Stable
Pengurusan kuda di stable ialah melatih kuda melakukan aktiviti harian seperti :
  • Kuda dibawa berjalan-jalan 
  • Kuda dibiarkan Exercise bersendirian 
  • Lunging kuda di dalam arena
  • Melatih kuda (Latihan dibuat di dalam arena seluas 50m X 20m)

Kebersihan di Stable
Kebersihan stable adalah penting agar kuda dan pemilik berada dalam keadaan sihat, selesa dan  terurus.Untuk mengekalkan kebersihan, perlulah melakukan tugas seperti :
  • Mencuci setiap hari kawasan dan ruang kuda yang ditempatkan agar sisa pembuangan kuda seperti najis sentiasa bersih dan tidak berbau.
  • Jika menggunakan habuk papan, perlu membuang kotoran terutama kawasan najis kuda, atau gantikan dengan yang baru jika perlu.
  • Habuk papan di letakan menutupi lantai stable setebal 6 - 8 inchi. 

Jenis tambahan dipermukaan lantai ruang stable 
  • Jerami
  • Habuk Papan
  • Pasir

Tujuan Kegunaan Bahan Tambahan Pada Lantai 
  • Permukaan yang lembut, kering dan selesa
  • Menyerap bau busuk
  • Mengekalkan kebersihan kuda
  • Murah dan senang untuk menguruskan  



No comments:

Post a Comment