Sumber Dari :
http://azmipasak.blogspot.com/2012/10/usahawan-kuda.html
TUMPAT, KELANTAN: HOBI menternak kuda dan melakukan aktiviti
yang bersabit dengannya bukan sahaja memberikan banyak manfaatnya kepada
diri sendiri, namun selebihnya juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain
dalam konteks pelbagai sudut. Selain individu yang mengusahakannya
bergelar "usahawan kuda" tetapi juga ilmu yang dimiliki tentangnya boleh
dikongsi bersama dengan orang lain dan dalam masa yang sama, akan
mewujudkan aktiviti yang berfaedah untuk dinikmati oleh orang lain pula.
Seorang pemilik dan pengusaha kuda yang layak digelarkan usahawan muda, Anas bin Ariffin,
19, atau lebih dikenali sebagai Anas dari Kampung Paloh, Palekbang,
Tumpat, Kelantan berkata, beliau mengusahakan ternakan kuda ini pada
awal tahun 2004 bersama bapanya. Beliau yang telah dilabelkan sebagai
"usahawan kuda" berbuat demikian kerana didorong oleh minat yang begitu
mendalam selain dapat menjadikan haiwan berkenaan sebagai haiwan
tunggangan yang terbaik untuk golongan muda dewasa ini.
"Minat utama saya ialah menunggang kuda. Ini kerana, orang suka
menunggang kuda kesihatannya akan lebih terjamin, apabila urat dan saraf
manusia seperti dirawat secara tidak langsung", ujarnya ketika ditemui
Penulis di kediamannya.
Katanya, kebanyakan kuda yang diternaknya itu dibeli oleh bapanya dari
Kuala Terengganu dan tentang harga menurutnya agak tidak menentu.
Misalnya "kuda padi" boleh dibeli dengan harga antara RM2,000 hingga
RM3,000 seekor. Manakala jika kuda baik dengan harga RM8,000 hingga
RM11,000 pun ada. Lazimnya, kuda yang baik ini beliau akan membuat
kacukan untuk mendapatkan generasi baka yang baik juga.
Di antara kuda baik yang dimaksudkannya selain kuda padi terdiri dari
kuda Arab, Angelo dan Telebrate. Kuda padi lazimnya diperolehi dalam
negara kita. Misalnya kuda Angelo adalah sejenis kuda kacukan dari Arab
dengan baka lain.
"Lazimnya, kuda yang boleh ditunggang apabila mencecah usia tiga tahun
kerana dalam usia berkenaan tahap ketahanan dan kecergasan kuda agak
minimum. Manakala untuk kuda racing dalam usia antara 5 hingga 6 tahun",
ujarnya.
Dalam pada itu menurut Anas, sesetengah pemilik kuda gemar memasang
ladam di kaki kuda untuk menjadikan kaki kuda agak kuat selain sebagai
alat keselamatan kaki haiwan tersebut. Namun bagi beliau, pilihan adalah
di tangan pemilik dan pengusaha kuda itu sendiri. Ini kerana, sepanjang
penglibatan beliau dalam ternakan kuda beliau tidak pernah memasang
ladam untuk kudanya setiap kali membawa kuda berkenaan memasuki
pertandingan atau bersiar-siar di luar kandang.
Menurut Anas lagi, kuda yang diternak dan dilatihnya itu hanya khusus
untuk pertandingan dan perlumbaan peringkat Negeri Kelantan sahaja.
Biasanya kuda jenis ini tahap kelajuan haiwan berkenaan mencecah 60
kuasa kuda sahaja.
Tambahnya, amalan yang sering dilakukannya untuk memberi makanan kepada
kuda-kuda yang diternaknya hanya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi
dan malam. Di antara jenis makanan kuda seperti salad kuda, rumput segar
(seperti rumput lembu). Namun, terdapat makanan kuda yang sering
diberikan oleh kebanyakan penternak kuda dikenali sebagai makanan racing
di mana harganya melebihi RM200 (bagi tiga kilo). Perbelanjaan makanan
kuda (khusus untuk seekor kuda) hanya sebanyak RM10 sehari sahaja.
Bercerita tentang pertandingan yang pernah dihadirinya, kuda-kuda beliau
pernah memasuki pertandingan yang diadakan di Kota Bharu seperti di
Jalan Padang Tembak (Pengkalan Chepa), Pasir Hor (Kota Bharu) dan di
Pasir Puteh. Katanya, kuda yang diternak dan dilatihnya itu pernah
berentap dan menyandang "juara" beberapa kali setiap kali memasuki
pertandingan lumba kuda dan setakat ini telah menyandang juara sebanyak
lima kali.
"Di antara kategori kuda yang dibolehkan memasuki sesuatu pertandingan
seperti kuda padi dari kategori A, B, C, D dan kacukan Kelantan.
Manakala kuda dari kategori A lazim digunakan dalam setiap pertandingan
kerana kuda berkenaan memang khusus untuk tujuan itu", ujarnya.
Bercakap tentang penyakit yang dihidapi kuda, menurutnya kuda juga
seperti haiwan ternakan lain seperti lembu juga menghidap penyakit.
Menurutnya, apabila kuda dihinggapi penyakit terpaksalah pihaknya
mendapatkan khidmat seorang doktor haiwan dan Doktor Jaafar adalah
seorang doktor haiwan yang agak disegani di Palekbang. Katanya, rawatan
yang diberikan terhadap kuda dibuat apabila melihat kuda-kuda terbabit
mengalami masalah kesihatan, terpaksalah doktor haiwan dipanggil dengan
segera. Manakala ubat kecacingan diberikan dalam tempoh enam bulan
sekali, ini termasuklah vitamin untuk kuda.
Manakala kuda yang mengalami masalah kesihatan dapat dikesan secara
fizikal seperti keadaan kuda yang murung. Tetapi jika kuda berkenaan
menunjukkan lebih daripada stamina dan semakin galak untuk menunjukkan
kuda-kuda berkenaan dalam keadaan sihat dan cergas, malah lazimnya
kuda-kuda berkenaan paling sukar untuk dipegang talinya.
"Kuda juga boleh dimakan sebagai "penawar kesihatan". Lazimnya, kuda
yang mengalami masalah kesihatan sahaja yang disembelih untuk dimakan",
katanya.
Sambungnya, najis kuda memang berbeza dengan najis lembu. Najis kuda
tidak berbau busuk tetapi najis lembu bukan sahaja agak busuk,
mengotorkan persekitaran tetapi amat bahaya kepada pernafasan manusia.
Najis kuda memang senang dibuang kerana rupanya yang seakan dengan warna
tanah, malah pernah juga dijadikan sebagai baja. Biasanya, najis kuda
dicampur dengan habuk kayu untuk tujuan itu.
Katanya, bagi penunggang yang belum pernah naik kuda, salah seorang
penjaga kuda perlu memegang kuda berkenaan untuk mengelakkan sesuatu
kejadian yang tidak diingini, apabila kuda tersebut terkejut dengan
kehadiran seseorang yang tidak mahir dengan keadaan kuda.
"Kuda memang kenal dengan penjaga atau tuannya melalui "suaranya" yang
girang. Apabila kuda itu mengenali seseorang, kuda akan mengeluarkan
suara gembira sebagai tanda haiwan berkenaan menerima kedatangan orang
terbabit.
"Lazimnya, untuk menjadikan kuda mengenali penjaga dan tuannya, tuannya
itu perlu sentiasa berada di samping kudanya dalam tempoh masa tiga jam
sahaja pun dianggap sudah memadai.
"Biasa terjadi, kuda amat takut terhadap orang yang tidak dikenali yang
cuba mendekatinya, kuda berkenaan akan bertindak berlari dengan mengejut
dan pantas. Apabila orang yang tidak dikenali itu cuba menyentuh dan
menaiki kuda, kuda berkenaan akan melambung-lambungkan mangsanya supaya
jatuh sebagai amaran untuk tidak menyentuh kuda tersebut", tambah Anas
lagi.
Sementara itu menurut seorang peminat kuda, Mohd. Tarmizi bin Abdul Rahman,
33, atau lebih dikenali sebagai Megat dari kampung yang sama berkata,
beliau merupakan seorang peminat tegar kuda. Selepas waktu kerja dan
apabila mempunyai ruang masa, beliau akan ke rumah Anas untuk cuba
menunggang kuda yang menjadi kegemarannya sejak dulu.
"Saya berminat dengan kuda sejak dari zaman kanak-kanak, namun
disebabkan ketika itu kuda belum ada lagi, minat saya sekadar tinggal
minat saja", katanya.
Menurutnya, semenjak sering ke rumah Anas kerana tinggal di kampung yang
sama, beliau pernah beberapa kali menunggang kuda berkenaan. Ketika
ditanya tentang perasaannya dapat menunggang kuda tersebut, beliau agak
begitu seronok dan senang hati kerana dapat menunggang haiwan berkenaan.
Kalau diharapkan untuk memilikinya sendiri, beliau tidak mampu berbuat
demikian.
Tambahnya, bagi setiap penunggang baru akan merasai pengalaman seperti
mudah terjatuh kerana belum biasa duduk di atas belakang kuda. Apatah
lagi, sesetengah kuda terutamanya bagi kuda yang baru diajar, pasti akan
terkejut kerana merasai sesuatu yang belum pernah dialami oleh kuda
tersebut.
"Kuda mempunyai keistimewaan dan menjadi penawar untuk beberapa jenis
penyakit yang dialami oleh manusia seperti dapat merawat uluran
terutamanya uluran angin, urat saraf dan sebagainya. Jadi, bagi sesiapa
yang berharap kepada kesihatan yang baik, cuba-cubalah menunggang kuda,
pasti akan mendapat jawapannya", jelasnya.
Penulis Blog azmipasak.blogspot.com cuba untuk menunggang kuda |
Antara kuda milik kepunyaan Anas di stablenya. |
HELLO....BOS BOLEH PM SAYE NNTI....SAYE BERMINAT NK MENJGE SEKOR KUDA
ReplyDeleteHELLO....BOS BOLEH PM SAYE NNTI....SAYE BERMINAT NK MENJGE SEKOR KUDA
ReplyDeletePm
ReplyDeleteAssalamualaikum boss ..Ada kuda padi A Nak jual murah murah x?
ReplyDelete017 8400156 ni no phone saya ..uda
Boleh hubungi saya 0122253373. Saya berminat nak beli kuda
ReplyDeleteAs salam Tuan, sy dengar kuda bagus mandi ddengan daun serai wangi... Jika tuan berminat nak dptkan daun serai. Wangi, sy pengusaha serai wangi blh wasap sy 01113318814
ReplyDeleteAs salam Tuan, sy dengar kuda bagus mandi ddengan daun serai wangi... Jika tuan berminat nak dptkan daun serai. Wangi, sy pengusaha serai wangi blh wasap sy 01113318814
ReplyDeleteAda jual kuda satu pasang ke boss..
ReplyDeleteBerapa harga satu pasang tu boss.apa jenis kuda kamu tu boss.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Boleh whatsapp saya ingin membeli kuda .
ReplyDeleteAYIE
01110968679
Boleh pm saya.. 0146937214..saya nk Beli kuda insyaallah
ReplyDeleteAde beli kude ke? Sy nk beli jgk
DeleteAssalamualaikum,saya berminat kuda padi.....
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan saya nak cari kuda padi betina boleh tel saya 0134230243
ReplyDeleteboss boleh Pm sya...nak beli kuda dengan harga berpatutan..0194891346
ReplyDeletesekor brapa 2k yg mna
ReplyDeleteAda kuda padi ke yg boleh ditungang kanak 2
ReplyDelete01110524512 whatapp saya klu ada
ReplyDeleteSalam. Blh pm saya tak..
ReplyDelete0176260267. Tks
Salam.boleh pm saya tak 0199565343.terima kasih
ReplyDeleteSaya pun minat nak beli dan bela kuda padi. Mcmana nak hubungi tuan?
ReplyDeleteSalam..ade x kuda nak jual..berminat nak beli seekor
ReplyDeleteSalam boss ade kuda yg murah tak sy nk bli satu
ReplyDelete0125244206
ReplyDelete0125244206 ye nk bli seko yg murah
ReplyDeleteKalau kuda padi jual seekor brapa
ReplyDeleteMinat Nak beli Kuda... Wasap 0176418767
ReplyDeleteSaya minat kuda
ReplyDeleteAlamat di mana ni , kuda padi
ReplyDelete