Untuk menjadi seorang penunggang kuda yang baik, seseorang penunggang memerlukan empat perkara utama iaitu kecergasan, fleksibiliti, kesimbangan (balance) dan attitude.
Mungkin sesetengah orang
berpendapat dalam menunggang kuda hanya kuda yang membuat segala kerja dan
penunggang hanya mengikut apa yang kuda buat (seperti menunggang motorsikal).
Dengan kata lain hanya duduk saja atas belakang kuda. Sebenarnya tidak, penunggang
yang baik mestilah cergas, mempunyai
kekuatan otot kaki terutamanya peha, perut dan belakang. Bahagian ini
penting bagi membolehkan penunggang
duduk dengan tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal kuda. Menunggang boleh
memenatkan disebabkan tuntutan fizikal kepada penunggang, jadi semakin cergas
(fit) seseorang penunggang adalah semakin baik dan dapat merasai keseronokan
ketika menunggang.
Fleksibiliti amat penting bagi
penunggang untuk membuat perubahan dan pertukaran kedudukan dengan cepat dan
mudah. Pergerakan kuda mungkin kadang-kadang mengejutkan, jadi badan penunggang
perlu fleksible untuk mengikut pergerakan kuda.
Balance lebih merujuk kepada
kedudukan badan penunggang ketika menunggang. Ianya amat penting supaya
penunggang berada tegap di atas kuda dan dapat mengawal kuda ketika menunggang.
Jika kedudukan penunggang tidak seimbang, akan menyebabkan ia sukar mengawal
kuda dan berkemungkinan boleh jatuh.
Satu aspek yang paling penting
dalam mencapai standard menunggang kuda yang baik ialah attitude.Penunggang
yang baik mesti dapat memahami dan
sekurang-kurangnya menyukai kuda walaupun tidak menyayanginya.
Kuda merupakan
haiwan yang mempunyai kebolehan 'merasai' dan akan memberi respon terhadap
perasaan takut pada penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan
lebih rasa takut yang menyebabkan kuda sendiri tertekan dan mengambil peluang
berkelakuan yang tidak baik. Oleh itu penunggang perlu relax. Dalam hal ini,
menunggang kuda bukan semata-mata penunggang yang mendominasi kuda tetapi ia
lebih kepada perkongsian (partneship) - saling mempercayai. Kebanyakan
penunggang yang baik biasanya mempunyai hubungan yang amat baik dengan kuda
yang ditungganginya (bonded).
No comments:
Post a Comment