Friday, 1 February 2013

Sejarah Kuda Kelantan



Memelihara atau menternak kuda di Negeri Kelantan Darulnaim adalah sebahagian dari tradisi rakyat Kelantan. Hampir dimerata tempat di Kelantan terdapat orang-orang yang memelihara atau menternak kuda. Dianggarkan lebih dari 1000 ekor kuda dari berbagai jenis, baka atau keturunan kuda terdapat di Negeri Kelantan.





Sejarah Ringkas Kuda Di Kelantan.
Sejarah kuda di Negeri Kelantan tidak begitu jelas, sebab tidak ada rekod awal tentang pembiakan atau perternakan kuda di Negeri Kelantan.

Namun mengikut sejarah yang diceritakan dari mulut ke mulut, orang-orang Kelantan dahulu kala suka memelihara kuda jenis 'kuda padi' atau kalau dipinjam istilah sekarang dikenali sebagai 'local pony'
Sasilah diceritakan bahawa pernah 'Raja Jembal' memelihara dan menaiki kuda besar-besar ( mungkin kuda belimo ). Hampir setiap petang dikatakan Raja ini menunggang kuda disekitar Kg Sering, Pegkalan Datu atau Kedai Lalat.

Pernah penulis diceritakan bahawa anak Raja Jembal tersebut, pernah jatuh dari kuda dan terseliuh dibahagian bahu.

Kuda-kuda yang terdapat di Kelantan purata berukuran 14 hands atau ketinggian lebih kurang 4 kaki. Kuda-kuda ini pada asalnya dibawa masuk ke kelantan dari Tanah Jawa,  Sumatera atau Siam.
Dipercayai bahawa asal usul kuda-kuda ini mungkin dari keturunan kuda Arab dan India yang dibawa pedangan-pedagang waktu dahulu.

Sebahagian dari kuda-kuda ini dibawa masuk ke Tanah Melayu khususnya di Kelantan melalui Siam dan bakanya adalah Kuda Asia Tengah iaitu baka 'Wild Asiatic' dari Mongolia.

Sebab itu kalau diamati secara seni, kita dapat lihat tentang fisikal dan tempremental Kuda Padi Kelantan ini, kita boleh lihat dengan jelas beberapa ciri yang berbeza antara satu kuda dengan yang lain antaranya.
 Terkadang Kuda Kelantan kelihatan saperti kuda Arab dibahagian muka dan badan kelihatan saperti kuda Asia. Sebahagiannya pula muka kelihatan saperti kuda batak dengan kuku kaki kecil dan badan segak saperti Arab.

Pengaruh Kuda Inggeris
Pada pertengahan abad ke 18 dan ke 19, orang-orang Inggeris mula memasukkan kuda mereka ke Kelantan dan orang-orang Melayu Kelantan mula mengenali kuda-kuda jenis baka 'besar' atau istilah Kelantan dikenali sebagai kuda belimo. 

Pengaruh kuda Inggeris masih terpahat di Kelantan dimana terdapat satu cerita legenda dimana seorang wanita Inggeris mati, konon mengikut kata cerita, ia melakukan hubungan seks dengan kuda kepunyaan suaminya sehingga membawa maut. Dan kuda tersebut dimatikan oleh suaminya dengan tembakan dan bangkai kuda itu ditanam di satu jalan kecil di tengah bandar Kota Bharu dimana sehingga kini jalan tersebut dikenali sebagai 'Jalan Kubor Kuda' ( Wallha hualam ).
Kuda di Kelantan Masa Kini

Kini pemeliharaan dan perternakan kuda semakin digemari dan diminati oleh penduduk di Negeri kelantan.
Kalau di Malaysia, Kelantan memang dikenali sebagai satu pusat perkembangan kuda yang tersohor dengan keunikan anak-anak muda menunggang kuda tanpa pelana dan tanpa berkasut ' bare foot' rider atau bare back rider.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, iaitu sejak tahun 1990 orang-orang Kelantan mula menternak kuda-kuda baka baik dengan membuat kacukan kuda padi Kelantan dengan kuda belimo ( thoroughbred ) atau kuda padi dengan kuda arab atau kuda belimo dengan kuda arab.

 Hasil kacukan ini telah dapat dilihat pada kuda-kuda di Kelantan masakini, dimana kuda-kuda Kelantan kelihatan lebih hebat, bergaya, anggun dan cantik. Kuda-kuda kacukan Kelantan ini lebih tinggi dari baka kuda padi asal.

Keunikan ini menyebabkan kuda-kuda keluaran Kelantan amat berharga dan diminati oleh ahli-ahli di Malaysia. Malah buat masa kini boleh dikatakan hampir 95 % kuda-kuda spesis brau Kelantan ini menjuarai berbagai kategori pertandingan kuda di Kelantan termasuk dressage, lumba, enduran dan juga kuda cantik.

 Antara kelebihan kuda Kelantan ialah:
 1. Tahank Lasak
2. Kurang berpenyakit dengan daya tahan yang kuat
3. Tidak mudah luka
4. Tahan lasak dengan cuaca hujan atau panas
5. Tempermen yang bagus
6. Cerdik baik untuk berluma atau enduran
7. Makan rumput dan boleh ditambat dengan tali
8. Baik untuk dibuat enduran

No comments:

Post a Comment