sumber daripada : http://fakulti0.tripod.com/kudapadi/id1.html
Ringkasan Sejarah Tentang Kuda Tempatan
Dari kuda-kuda
manusia mula menjinakkannya dan menjadikannya sebagai aset yang amat penting
baik dalam peperangan, pertunjukan, sirkas, sukan, pertandingan dan sebagainya.
Kuda sudah lama
berada dibumi dan berselerak diseluruh dunia. Kuda telah disimpan dan diternak
oleh manusia sejak beribu-ribu tahun sebelum masehi.
Diantara baka
kuda kuno atau 'ancient horses' ialah Kuda Liar Asia (terdapat disekitar Asia
Tengah saperti Mongolia, Turkomen, Afghanistan, Mongolia ), Kuda Morgan ( USA),
Tarpan, Arab ( Timur Tengah).
Di Malaysia, kuda
diternak dan dipelihara oleh segelintir masyarakat setempat saperti di
Kelantan, di Sabah, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka,
dll.
Di Kelantan dan
Sabah biasanya kuda diternak untuk tujuan pertanian, pertandingan lumba kuda,
pertunjukan dan sebagainya. di Kelantan biasanya kuda diternak sebagai hobi
untuk masa lapang selepas para petani selesai melakukan pertanian mereka
saperti selepas menanam padi atau menoreh getah. Disebelah petang anak-anak
muda akan menunggang kuda sebagai rekreasi atau merelakkan penat badan.
Sementara di
Ipoh, Kuala Lumpur, Pualau Pinang kuda digunakan untuk tujuan perlumbaan
profesional.
No comments:
Post a Comment