Thursday 31 January 2013

iFOHM 2013 - Festival Kuda Terbesar


www.ifohm.com
iFOHM 2013 adalah perhimpunan terbesar bagi aktiviti kuda yang akan diadakan di Malaysia. Merupakan salah satu Festival antarabangsa yang unik dalam memperkenalkan aktivis kuda dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kelantan, bersesuaian dengan negeri Kelantan yang merupakan sebuah negeri aktivis  kuda yang ramai dan negeri yang kaya dengan pelbagai budaya, nilai-nilai tradisional dan unik. Festival ini juga merancang untuk mewujudkan hubungan muhibah antara semua aktivis kuda di seluruh Malaysia malah seluruh dunia, dan diiktiraf menjadi platform bagi aktivis kuda di seluruh dunia dalam mengumpul dan mengadakan perjumpaan tahunan bagi  serata  Asia.






Festival  ini akan menghimpunkan lebih daripada 1000 kuda dari seluruh Malaysia dan jiran antarabangsa, dan akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai Festival Kuda Terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia, bersama-sama dengan Aktiviti dan Pameran Terbesar yang pernah diadakan di rantau ini.


Perayaan ini juga mengumpulkan pelbagai seni warisan, aktiviti kebudayaan dan tradisional di Kelantan seperti Dikir Barat, Wayang Kulit, Wau, Pameran Gasing dan lain-lain lagi, sebagai tarikan pelancong. iFOHM 2013 juga telah dirasmikan sebagai salah satu acara utama dalam kalendar pelancongan Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut http://ifohm.com/



No comments:

Post a Comment