Sunday, 31 March 2013

GROOMING – Merapi & Mendandan Kuda


Merapi Kuda (grooming)
Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran darah serta pergerakan otot.
Malah ia mengeratkan hubungan antara manusia dengan kuda. Selain itu, kesanya kuda akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang berkilat dan bersih apabila didandan setiap hari.


Tujuan  Melakukan Grooming :
  • Dapat Membuang Kekotoran daripada peluh dan daki
  • Membantu mengilapkan bulu
  • Membuat urutan untuk perjalanan darah
    Memeriksa  seluruh badan kuda termasuk kaki jika terdapat kesan luka
  • Merawat kuda dengan menyediakan perubatan yang sesuai dengan penyakit kuda


 Cara Melaksanakan Kerja
  • Keluarkan kuda dari ruang stable
  • Elak daripada membuat bising
  • Ikatkan kuda dengan cermat
  • Pastikan kuda berada keadaan selesa
  • Dekati dengan cara yang betul
  • Sediakan peralatan yang secukupnya


Peralatan Utama
  • Shover
  • Beg plastik
  • Pencakar

Peralatan Mandian Kuda
  • Hoof pick
  • Dandy brush
  • Body brush
  • Curry comb
  • Mane comb


Penjagaan Kaki dan Kuku
Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan.

Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapu minyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiap kali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.

Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda.

Memandikan Kuda
Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan. Selain itu juga faktor  cuaca yang panas dan keadaan kuda yang kotor.

  • Ikatkan kuda
  • Basahkan kuda
  • Buangkan kekotoran
  • Shampoo
  • Keringkan




No comments:

Post a Comment