Wednesday, 13 June 2012

Horse Marking - Tanda Putih Pada Kuda


Seperti warna kuda yang setiapnya ada nama tersendiri, begitu juga tanda pada kuda yang terdapat samaada di kepala dan kaki juga ada nama tersendiri. Tanda  putih yang terdapat paada bahagian kepala dan kaki kuda juga memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan kuda serta harganya meningkat bergantung kepada jenis dan bentuk tanda tersebut berbanding kuda biasa.



Bentuk Tanda Putih Serta Nama di Kepala Kuda
Tanda Di Kepala
Tanda di kepala kuda biasanya dijelaskan mengikut bentuk dan kedudukan yang terdapat di sekitar kepala kuda.
  • Blaze : tanda putih yang luas di tengah-tengah kedudukan kepala kuda dan menjalar kebawah
  • Strip / Stripe : Tanda putih sempit di tengah-tengah kedudukan kepala kuda dan menjalar kebawah.
  • Bald Face : Tanda putih yang begitu besar dan luas, Sehingga melebihi paras hidung kuda.
  • Star : Tanda putih yang berada diantara mata kuda atau melepasi paras mata kuda.
  • Snip : Tanda Putih berada di antara lubang hidung kuda
  • Faint : Kuda warna putih  yang mempunyai tanda biasa tanpa ada sebarang warna kulit kemerahan/pink di kepala.
  • Interrupted : Mempunyai tanda putih tetapi tidak lengkap/berterabur.
  • Irregular : Mempunyai Jalur kebawah tetapi tidak lurus


Tanda Putih Serta Nama di Kaki Kuda
 

Tanda Dikaki
Tanda putih pada kaki kuda biasanya dijelaskan namanya mengikut ketinggian paras yang diselaputi warna putih di kaki kuda.
  • Stocking : Tanda putih melepasi paras lutut kuda atau lebih tinggi daripada itu.
  • Sock / Boot : Lebih tinggi dari keting kuda atau tidak melepasi paras lutut
  • Fetlock : Tinggi sedikit dari aras keting/buku lali.
  • Pastern :Melepasi kuku tapi tidak melepasi buku lali kuda.
  • Coronet : Tanda putih hanya lebih kurang seinchi dari kuku kuda.











1 comment: