Sunday 7 July 2013

Usahawan Kuda

Sumber Dari :
http://azmipasak.blogspot.com/2012/10/usahawan-kuda.html



TUMPAT, KELANTAN:  HOBI menternak kuda dan melakukan aktiviti yang bersabit dengannya bukan sahaja memberikan banyak manfaatnya kepada diri sendiri, namun selebihnya juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain dalam konteks pelbagai sudut. Selain individu yang mengusahakannya bergelar "usahawan kuda" tetapi juga ilmu yang dimiliki tentangnya boleh dikongsi bersama dengan orang lain dan dalam masa yang sama, akan mewujudkan aktiviti yang berfaedah untuk dinikmati oleh orang lain pula.

Seorang pemilik dan pengusaha kuda yang layak digelarkan usahawan muda, Anas bin Ariffin, 19, atau lebih dikenali sebagai Anas dari Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat, Kelantan berkata, beliau mengusahakan ternakan kuda ini pada awal tahun 2004 bersama bapanya. Beliau yang telah dilabelkan sebagai "usahawan kuda" berbuat demikian kerana didorong oleh minat yang begitu mendalam selain dapat menjadikan haiwan berkenaan sebagai haiwan tunggangan yang terbaik untuk golongan muda dewasa ini.

"Minat utama saya ialah menunggang kuda. Ini kerana, orang suka menunggang kuda kesihatannya akan lebih terjamin, apabila urat dan saraf manusia seperti dirawat secara tidak langsung", ujarnya ketika ditemui Penulis di kediamannya.

Katanya, kebanyakan kuda yang diternaknya itu dibeli oleh bapanya dari Kuala Terengganu dan tentang harga menurutnya agak tidak menentu. Misalnya "kuda padi" boleh dibeli dengan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 seekor. Manakala jika kuda baik dengan harga RM8,000 hingga RM11,000 pun ada. Lazimnya, kuda yang baik ini beliau akan membuat kacukan untuk mendapatkan generasi baka yang baik juga.

Di antara kuda baik yang dimaksudkannya selain kuda padi terdiri dari kuda Arab, Angelo dan Telebrate. Kuda padi lazimnya diperolehi dalam negara kita. Misalnya kuda Angelo adalah sejenis kuda kacukan dari Arab dengan baka lain.

"Lazimnya, kuda yang boleh ditunggang apabila mencecah usia tiga tahun kerana dalam usia berkenaan tahap ketahanan dan kecergasan kuda agak minimum. Manakala untuk kuda racing dalam usia antara 5 hingga 6 tahun", ujarnya.

Dalam pada itu menurut Anas, sesetengah pemilik kuda gemar memasang ladam di kaki kuda untuk menjadikan kaki kuda agak kuat selain sebagai alat keselamatan kaki haiwan tersebut. Namun bagi beliau, pilihan adalah di tangan pemilik dan pengusaha kuda itu sendiri. Ini kerana, sepanjang penglibatan beliau dalam ternakan kuda beliau tidak pernah memasang ladam untuk kudanya setiap kali membawa kuda berkenaan memasuki pertandingan atau bersiar-siar di luar kandang.

Menurut Anas lagi, kuda yang diternak dan dilatihnya itu hanya khusus untuk pertandingan dan perlumbaan peringkat Negeri Kelantan sahaja. Biasanya kuda jenis ini tahap kelajuan haiwan berkenaan mencecah 60 kuasa kuda sahaja.

Tambahnya, amalan yang sering dilakukannya untuk memberi makanan kepada kuda-kuda yang diternaknya hanya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan malam. Di antara jenis makanan kuda seperti salad kuda, rumput segar (seperti rumput lembu). Namun, terdapat makanan kuda yang sering diberikan oleh kebanyakan penternak kuda dikenali sebagai makanan racing di mana harganya melebihi RM200 (bagi tiga kilo). Perbelanjaan makanan kuda (khusus untuk seekor kuda) hanya sebanyak RM10 sehari sahaja.

Bercerita tentang pertandingan yang pernah dihadirinya, kuda-kuda beliau pernah memasuki pertandingan yang diadakan di Kota Bharu seperti di Jalan Padang Tembak (Pengkalan Chepa), Pasir Hor (Kota Bharu) dan di Pasir Puteh. Katanya, kuda yang diternak dan dilatihnya itu pernah berentap dan menyandang "juara" beberapa kali setiap kali memasuki pertandingan lumba kuda dan setakat ini telah menyandang juara sebanyak lima kali.

"Di antara kategori kuda yang dibolehkan memasuki sesuatu pertandingan seperti kuda padi dari kategori A, B, C, D dan kacukan Kelantan. Manakala kuda dari kategori A lazim digunakan dalam setiap pertandingan kerana kuda berkenaan memang khusus untuk tujuan itu", ujarnya.

Bercakap tentang penyakit yang dihidapi kuda, menurutnya kuda juga seperti haiwan ternakan lain seperti lembu juga menghidap penyakit. Menurutnya, apabila kuda dihinggapi penyakit terpaksalah pihaknya mendapatkan khidmat seorang doktor haiwan dan Doktor Jaafar adalah seorang doktor haiwan yang agak disegani di Palekbang. Katanya, rawatan yang diberikan terhadap kuda dibuat apabila melihat kuda-kuda terbabit mengalami masalah kesihatan, terpaksalah doktor haiwan dipanggil dengan segera. Manakala ubat kecacingan diberikan dalam tempoh enam bulan sekali, ini termasuklah vitamin untuk kuda.

Manakala kuda yang mengalami masalah kesihatan dapat dikesan secara fizikal seperti keadaan kuda yang murung. Tetapi jika kuda berkenaan menunjukkan lebih daripada stamina dan semakin galak untuk menunjukkan kuda-kuda berkenaan dalam keadaan sihat dan cergas, malah lazimnya kuda-kuda berkenaan paling sukar untuk dipegang talinya.

"Kuda juga boleh dimakan sebagai "penawar kesihatan". Lazimnya, kuda yang mengalami masalah kesihatan sahaja yang disembelih untuk dimakan", katanya.

Sambungnya, najis kuda memang berbeza dengan najis lembu. Najis kuda tidak berbau busuk tetapi najis lembu bukan sahaja agak busuk, mengotorkan persekitaran tetapi amat bahaya kepada pernafasan manusia. Najis kuda memang senang dibuang kerana rupanya yang seakan dengan warna tanah, malah pernah juga dijadikan sebagai baja. Biasanya, najis kuda dicampur dengan habuk kayu untuk tujuan itu.
Katanya, bagi penunggang yang belum pernah naik kuda, salah seorang penjaga kuda perlu memegang kuda berkenaan untuk mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini, apabila kuda tersebut terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak mahir dengan keadaan kuda.

"Kuda memang kenal dengan penjaga atau tuannya melalui "suaranya" yang girang. Apabila kuda itu mengenali seseorang, kuda akan mengeluarkan suara gembira sebagai tanda haiwan berkenaan menerima kedatangan orang terbabit.

"Lazimnya, untuk menjadikan kuda mengenali penjaga dan tuannya, tuannya itu perlu sentiasa berada di samping kudanya dalam tempoh masa tiga jam sahaja pun dianggap sudah memadai.

"Biasa terjadi, kuda amat takut terhadap orang yang tidak dikenali yang cuba mendekatinya, kuda berkenaan akan bertindak berlari dengan mengejut dan pantas. Apabila orang yang tidak dikenali itu cuba menyentuh dan menaiki kuda, kuda berkenaan akan melambung-lambungkan mangsanya supaya jatuh sebagai amaran untuk tidak menyentuh kuda tersebut", tambah Anas lagi.

Sementara itu menurut seorang peminat kuda, Mohd. Tarmizi bin Abdul Rahman, 33, atau lebih dikenali sebagai Megat dari kampung yang sama berkata, beliau merupakan seorang peminat tegar kuda. Selepas waktu kerja dan apabila mempunyai ruang masa, beliau akan ke rumah Anas untuk cuba menunggang kuda yang menjadi kegemarannya sejak dulu.

"Saya berminat dengan kuda sejak dari zaman kanak-kanak, namun disebabkan ketika itu kuda belum ada lagi, minat saya sekadar tinggal minat saja", katanya.

Menurutnya, semenjak sering ke rumah Anas kerana tinggal di kampung yang sama, beliau pernah beberapa kali menunggang kuda berkenaan. Ketika ditanya tentang perasaannya dapat menunggang kuda tersebut, beliau agak begitu seronok dan senang hati kerana dapat menunggang haiwan berkenaan. Kalau diharapkan untuk memilikinya sendiri, beliau tidak mampu berbuat demikian.

Tambahnya, bagi setiap penunggang baru akan merasai pengalaman seperti mudah terjatuh kerana belum biasa duduk di atas belakang kuda. Apatah lagi, sesetengah kuda terutamanya bagi kuda yang baru diajar, pasti akan terkejut kerana merasai sesuatu yang belum pernah dialami oleh kuda tersebut.

"Kuda mempunyai keistimewaan dan menjadi penawar untuk beberapa jenis penyakit yang dialami oleh manusia seperti dapat merawat uluran terutamanya uluran angin, urat saraf dan sebagainya. Jadi, bagi sesiapa yang berharap kepada kesihatan yang baik, cuba-cubalah menunggang kuda, pasti akan mendapat jawapannya", jelasnya.

Beliau juga berharap kepada golongan muda yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan supaya berjinak-jinak dengan aktiviti berkuda, kerana selain memperolehi pengalaman baru, paling utamanya ialah kita akan dapat mengetahui tentang dunia haiwan dan dapat menyemai sifat sayangkan haiwan sebagai rakan akrab yang saling memerlukan.

Anas bin Ariffin
  
Anas ketika ditemubual Penulis di kediamannya

Penulis Blog azmipasak.blogspot.com cuba untuk menunggang kuda

Antara kuda milik kepunyaan Anas di stablenya.










29 comments:

  1. HELLO....BOS BOLEH PM SAYE NNTI....SAYE BERMINAT NK MENJGE SEKOR KUDA

    ReplyDelete
  2. HELLO....BOS BOLEH PM SAYE NNTI....SAYE BERMINAT NK MENJGE SEKOR KUDA

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum boss ..Ada kuda padi A Nak jual murah murah x?
    017 8400156 ni no phone saya ..uda

    ReplyDelete
  4. Boleh hubungi saya 0122253373. Saya berminat nak beli kuda

    ReplyDelete
  5. As salam Tuan, sy dengar kuda bagus mandi ddengan daun serai wangi... Jika tuan berminat nak dptkan daun serai. Wangi, sy pengusaha serai wangi blh wasap sy 01113318814

    ReplyDelete
  6. As salam Tuan, sy dengar kuda bagus mandi ddengan daun serai wangi... Jika tuan berminat nak dptkan daun serai. Wangi, sy pengusaha serai wangi blh wasap sy 01113318814

    ReplyDelete
  7. Ada jual kuda satu pasang ke boss..

    ReplyDelete
  8. Berapa harga satu pasang tu boss.apa jenis kuda kamu tu boss.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Boleh whatsapp saya ingin membeli kuda .
    AYIE

    01110968679

    ReplyDelete
  10. Boleh pm saya.. 0146937214..saya nk Beli kuda insyaallah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,saya berminat kuda padi.....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan saya nak cari kuda padi betina boleh tel saya 0134230243

    ReplyDelete
  13. boss boleh Pm sya...nak beli kuda dengan harga berpatutan..0194891346

    ReplyDelete
  14. Ada kuda padi ke yg boleh ditungang kanak 2

    ReplyDelete
  15. 01110524512 whatapp saya klu ada

    ReplyDelete
  16. Salam. Blh pm saya tak..
    0176260267. Tks

    ReplyDelete
  17. Salam.boleh pm saya tak 0199565343.terima kasih

    ReplyDelete
  18. Saya pun minat nak beli dan bela kuda padi. Mcmana nak hubungi tuan?

    ReplyDelete
  19. Salam..ade x kuda nak jual..berminat nak beli seekor

    ReplyDelete
  20. Salam boss ade kuda yg murah tak sy nk bli satu

    ReplyDelete
  21. 0125244206 ye nk bli seko yg murah

    ReplyDelete
  22. Kalau kuda padi jual seekor brapa

    ReplyDelete
  23. Minat Nak beli Kuda... Wasap 0176418767

    ReplyDelete